saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 07/12/2013

Pentingnya generasi baharu umno

Sebahagian wakil Mahasiswa Nasional melafazkan ikrar pada hari kedua sesi perbahasan usul ucapan dasar presiden sempena Perhimpunan Agung Umno 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, semalami. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 6 Dis. — Generasi muda UMNO perlu dikaderkan dan bukan dikhadamkan, untuk menjadi pemimpin dan pejuang UMNO sebenar berbekalkan kekuatan minda dan jati diri kukuh.

Sehubungan itu, jentera UMNO perlu memantau proses itu dengan ketat kerana silap langkah generasi yang cuba dikaderkan itu akan dikhadamkan pula menjadi 'pak turut' hanya tunduk mengikut tanpa usul periksa yang boleh menjurus kepada pembentukan generasi pewaris parti yang lemah kelak.

Pensyarah Kajian Politik dan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Md. Shuib Shukri berkata: "Terdapat garisan halus memisahkan antara istilah kader dan khadam namun membawa maksud yang amat berbeza". Menyifatkan usaha pengkaderan itu sebagai langkah yang baik ke arah melahirkan UMNO yang lebih bersedia pada masa hadapan, beliau ketika dihubungi, berharap inisiatif ke arah itu dilaksanakan dengan ikhlas dan telus supaya hasilnya mencapai matlamat.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa perhimpunan agung parti turut menyentuh mengenai pentingnya proses pengkaderan bagi melahirkan pemimpin yang berkaliber dan menjamin kelangsungan parti.

Setiausaha Kelab Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, proses pengkaderan dalam UMNO penting bagi melahirkan generasi muda yang mempunyai jati diri yang tinggi dan tidak bersikap 'kacang lupakan kulit'.

Mustapha berkata, dalam proses itu generasi muda UMNO perlu memahami sejarah dan semangat perjuangan UMNO sebenar di mana pejuangnya bersusah payah tanpa mengharapkan habuan serta ganjaran.

Beliau berkata, sayap muda UMNO iaitu Pemuda dan Puteri perlu mengambil langkah proaktif mendekati mahasiswa bagi membolehkan lebih ramai golongan itu ditarik menyertai UMNO dan dikaderkan menjadi generasi pewaris yang cemerlang.

Pengerusi Biro Pengkaderan Politik Pemuda UMNO, Tengku Zuhri Tengku Abdul Aziz berkata, pengkaderan generasi baharu UMNO itu penting bagi melatih dengan lebih khusus ahli-ahli muda yang dikesan mempunyai bakat kepimpinan.

Beliau berkata, melalui Akademi Kapten Hussein dicadangkan Pemuda UMNO, latihan yang dijalankan bukan sahaja dari segi akademik seperti syarahan tetapi juga berbentuk perbincangan meja bulat, kajian kes dan juga praktikal dengan para ahli akan turun padang merasai suasana sebenar.

"Bila sudah jelas dan terang dengan apa wadah perjuangan UMNO itu, sudah tentu pemimpin-pemimpin muda ini tidak akan hanya menjadi 'pak turut' kerana mereka tahu apa perjuangan sebenarnya, apa yang betul dan apa yang salah," katanya.

Tengku Zuhri berkata, bagi menunjukkan keseriusan Pemuda UMNO mengenai pengkaderan ini, pergerakan tersebut mewujudkan Biro Pengkaderan Politik. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.