saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 07/12/2013

Tubuhkan Akademi Kepimpinan UMNO

KUALA LUMPUR 6 Dis. - UMNO disaran menubuhkan Akademi Kepimpinan atau Akademi Debat UMNO untuk melatih kader-kader muda menjadi moderator yang baik.

Wakil Mahasiswa Nasional, Mohamad Hakim Jaafar berkata, penubuhan akademi itu penting agar mereka dapat menjadi jurucakap kepada kerajaan untuk memberi penerangan kepada golongan muda berhubung sebab dan kesan pelaksanaan sesuatu dasar.

''Zaman sekarang orang-orang muda lebih cenderung kepada kewujudan dalil-dalil, maksudnya setiap perkara yang disuruh andai kata tidak diterangkan dengan betul, orang muda akan memberontak.

''Maka kita perlu melatih kader-kader muda ini agar dapat menerangkan kepada generasi muda ini dengan baik di samping program mentor-menti yang dijalankan secara ikhlas dan tuntas akan melahirkan pemimpin yang patriotik dan berjiwa waja," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad Hakim yang juga wakil Kelab UMNO Luar Negara daripada Universiti Warwick United Kingdom berkata, setiap ahli UMNO perlu mempunyai roh dan jiwa sebagai sebuah ahli keluarga dengan ikatan kasih sayang demi mendukung perjuangan parti.

Katanya, dengan sentimen itu, maka menjadi kewajipan untuk mereka mempertahankan institusi kekeluargaan itu dengan memelihara dan menjaga maruah serta kehormatan setiap ahli keluarga daripada dikhianati orang lain.

''Bacul kita kalau sebagai keluarga membiarkan institusi kita ini difitnah atau dicerca sesuka hati oleh orang lain.

''Saya ingin menyeru kepada perpaduan sesama kita dan mengajak perwakilan bersama dan berikrar untuk membela dan mempertahankan parti serta keluarga kita," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.