saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 07/12/2013

Mukhriz ingatkan CEO GLC

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Para pengurusan tertinggi terutama ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat milik kerajaan (GLC) jangan lupa tanggungjawab mereka membantu meningkatkan sosioekonomi orang Melayu dan bumiputera.

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah teraju UMNO meletakkan CEO GLC dalam kalangan orang Melayu yang layak dan mampu menjalankan tugas dengan profesional yang sepatutnya diterjemahkan mereka.

"Kalau merasakan hanya mereka yang layak memegang jawatan tersebut, tidak ada golongan profesional lain termasuk bukan Melayu layak memegang jawatan itu, saya rasa mereka silap.

"Jawatan mereka itu adalah kerana kesungguhan politik kerajaan yang ditunjangi UMNO. Kalau mereka sedar hakikat itu, barulah agenda berkenaan dapat bergerak memenuhi cita rasa para perwakilan," katanya kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Semalam, beberapa perwakilan UMNO termasuk wakil Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan wakil Perak, Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie ketika membahaskan usul ucapan Presiden membidas sikap CEO GLC yang tidak mengiklankan produk dan perkhidmatan mereka dalam akhbar Utusan Malaysia sedangkan akhbar itu suara perjuangan orang Melayu.

Kedua-dua perwakilan UMNO itu kecewa kerana sebahagian besar daripada CEO GLC di kalangan profesional Melayu yang dilantik oleh kerajaan BN diterajui oleh UMNO menganaktirikan Utusan Malaysia (saham terbesar dimiliki oleh UMNO) berbanding akhbar berbahasa Inggeris dan Cina.

Menurut Ahmad Shalimin, berdasarkan statistik tahun lalu, GLC membelanjakan sebanyak RM366.5 juta iklan dalam akhbar-akhbar tempatan tetapi daripada jumlah itu hanya RM13.4 juta diberikan kepada Utusan Malaysia.

Sementara itu, Mukhriz yang juga bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagaimanapun berkata, tidak semua GLC meminggirkan agenda membangunkan orang Melayu dan bumiputera.

Menurut beliau, adalah tidak adil membuat dakwaan itu secara menyeluruh ketika terdapat GLC tertentu memberi tumpuan kepada agenda tersebut khususnya anak-anak syarikat kerajaan negeri.

"Isu GLC ini sentiasa dibangkitkan setiap kali Perhimpunan Agung UMNO sejak saya menjadi pemerhati lagi.

''Namun, tidak semua GLC itu bermasalah. Tetapi ada GLC yang perlu dipertingkatkan usaha untuk melaksanakan agenda Melayu dan bumiputera," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:58
Zohor 1:21
Asar 4:21
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.