saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 07/12/2013

Kementerian pandang serius teguran perwakilan

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Kementerian Kewangan akan memberi perhatian serius berhubung teguran perwakilan UMNO terhadap syarikat milik kerajaan (GLC) yang dikatakan gagal membantu usahawan bumiputera dan kurang memberi iklan dalam akhbar berbahasa Melayu.

Timbalan Menterinya, Datuk Ahmad Maslan berkata, GLC terletak di bawah Kementerian Kewangan, jadi segala komen dan pandangan yang dibawa oleh pembahas pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 akan diambil berat.

"Selaku Timbalan Menteri Kewangan, semua perkara itu sudah ada dalam catatan saya malah Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan serta Bendahari Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang juga Menteri Kewangan II sudah tentu akan mengambil perhatian sewajarnya atas apa yang mereka katakan itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Buku Menggilap Pemidato Hebat hasil tulisan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Panjang, Budiman Mohd. Zohdi di Aras 3, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Tambah Ahmad, isu-isu dan cadangan lain yang dibangkitkan oleh para pembahas kali ini juga semestinya diberi perhatian oleh kementerian-kementerian terlibat.

"Apa yang disampaikan oleh pembahas sudah tentunya membawa suara Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO termasuk di peringkat bahagian dan negeri, oleh itu, kita akan mengambil berat pandangan-pandangan tersebut," katanya.

Sementara itu, jelasnya, buku Menggilap Pemidato Hebat pastinya dapat membantu UMNO untuk melahirkan lebih ramai pemidato yang hebat bagi berhadapan dengan pembangkang.

"Kita berhadapan dengan pembangkang yang hebat pidatonya namun seringkali saya beritahu sebelum ini bahawa mereka hanya hebat bercakap tetapi isinya salah.

"Namun, UMNO ingin melahirkan pemidato hebat dalam memberikan kenyataan-kenyataan benar terutama mengenai apa yang telah dilaksanakan kerajaan dalam membantu rakyat," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.