saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 07/12/2013

Banjir: Pembangkang diselar

SHAHRIZAT Abdul Jalil memasukkan wang ke dalam tabung sebagai simbolik pelancaran Tabung Mangsa Banjir di bawah kendalian Wanita UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO di PWTC, semalam. Turut kelihatan, Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Hasan Malek. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Wanita UMNO menyelar tindakan pembangkang yang mendakwa dan membuat tuduhan melulu bahawa UMNO hanya berseronok berada di perhimpunan agung parti itu yang sedang berlangsung ketika ini tanpa turun padang membantu mangsa banjir di beberapa negeri yang terlibat dengan bencana itu.

Sambil menafikan tuduhan jahat itu, Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, dakwaan tersebut merupakan satu lagi pembohongan dahsyat pembangkang kerana ramai pemimpin tertinggi parti termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri sanggup meninggalkan perhimpunan terbesar parti demi meninjau keadaan di negeri-negeri terlibat.

Tegas beliau, berbeza dengan pembangkang, para pemimpin mereka hanya pandai bercakap berdegar-degar di Parlimen sedangkan ahli Parlimen dan ahli dewan undangan negeri (ADUN) daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang berada di barisan hadapan membantu mangsa banjir.

"Kenyataan itu memang pembohong dan bangsat kerana Presiden UMNO sanggup meninggalkan kami semua di dewan ini untuk pergi ke tempat banjir di Pahang (semalam). Hari ini pula Timbalan Presiden pergi membuat lawatan termasuk semua menteri besar, ahli Parlimen, ADUN dan ketua bahagian tidak ada di sini kerana semua turun ke padang.

"Saya nak tanya di mana ahli yang berhormat daripada pembangkang? Saya nak tanya kepada Ahli Parlimen Kuantan, apa yang dia nak buat kepada pengundi yang ada di Kuantan? Jangan nak cakap sahaja, kalau tidak ada ahli Parlimen, PM dan TPM daripada BN, hanyut semua pengundi yang mengundi pembangkang," katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Tabung Mangsa Banjir di bawah kendalian Wanita UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2013, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan kononnya pemimpin UMNO tidak prihatin terhadap mangsa banjir dan lebih memberi tumpuan kepada perhimpunan agung parti itu yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.

Yang turut hadir ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek.

Shahrizat berkata, pada ketika ini lebih 4,000 tenaga Skuad Sayang telah dikerahkan untuk membantu mangsa banjir di Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor.

Menurutnya, Skuad Sayang yang mempunyai kepakaran membantu mangsa banjir sejak lima tahun lalu bertindak sebagai sukarelawan dan akan berganding bahu bersama agensi kerajaan lain seperti Kelab Putera UMNO dan Jabatan Kebajikan Masyarakat di pusat pemindahan yang terbabit.

"Sebab itu saya menasihatkan seluruh ahli UMNO jangan berhenti mengadakan program Jalinan Kasih untuk turun padang membantu rakyat. Bagaimanapun, pendekatan medium media sosial perlu juga ditingkatkan.

"Wanita sebagai tulang belakang parti, kita pergi rumah ke rumah menyentuh kehidupan mereka, tidak kira macam mana 'brutal' pembangkang menggunakan media sosial untuk fitnah UMNO dan BN tetapi kita tetap menang," katanya.

Sementara itu, Shahrizat berkata, Wanita UMNO melakukan kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk membantu usahawan perniagaan Online, Sohonita bagi memasarkan produk mereka di dalam dan luar negara.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:36
Maghrib 7:26
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.