saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 07/12/2013

Wanita UMNO, KPDNKK bangunkan ekonomi

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Pergerakan Wanita UMNO hari ini menjalin persefahaman dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk bekerjasama membangunkan ekonomi golongan wanita.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, program itu digerakkan melalui Sohonista, sebuah badan bukan kerajaan di bawah naungan Wanita UMNO, dengan menjalin hubungan pengusaha wanita dalam talian.

"Kita juga ada program untuk kebajikan dan kesihatan yang mana ia adalah program popular dan kita kekalkannya. Bagaimanapun kita ada pembaharuan di mana Wanita akan menumpukan kepada pembangunan ekonomi wanita," katanya kepada penberita di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Mengenai gesaan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya angggota menekankan betapa UMNO perlu menjuarai teknologi maklumat kerana instrumen seperti telefon pintar berupaya menjadi penentu kalah menang pada pilihanraya akan datang, beliau berkata, pergerakan itu menyedari hal itu.

"Saya kini menggerakkan Wanita UMNO supaya meningkatkan kerja-kerja media sosial dan jangan berhenti daripada melakukan kerja dari rumah ke rumah. Saya akui kami bukanlah sebaik orang lain atau tertinggal di belakang pula," katanya.

Sementara itu, Menteri KPDNKK, Datuk Hasan Malek berkata, kementerian akan mengembangkan pasaran produk di bawah Sohonista di dalam dan luar negara.

"Agensi di bawah KPDNKK akan membantu juga supaya produk mereka ditambah baik supaya lebih bermutu agar ia dapat dijual dengan harga berpatutan. Koperasi untuk wanita juga sudah ada, KPDNKK sudah pasti akan banyak membantu.

“Selain khidmat nasihat dan latihan perniagaan, KPDNKK juga boleh membantu memasarkan produk mereka," katanya.

Sohonista merupakan singkatan bagi ‘small office, home office’ dan dari wanita untuk semua, diperkenalkan secara rasmi oleh Shahrizat selaku Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Malaysia pada 16 Februari lepas.

Ia adalah penggerak bagi membantu usahawan dalam talian mempromosikan produk perniagaan di samping memberi pendedahan ilmu perniagaan percuma secara dalam talian selain berperanan sebagai perantara kepada agensi kerajaan untuk mengetengahkan isu-isu dan pandangan berkaitan industri Soho. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.