saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 07/12/2013

Wanita mahu dasar AP diteruskan

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Wanita UMNO menggesa kerajaan tidak menghapuskan dasar Permit Import (AP) terbuka kepada bumiputera yang telah memberi banyak peluang kepada golongan itu maju dalam bidang ekonomi.

Sambil mempersoalkan kewajaran penghapusan dasar itu pada 2015, wakil Perak, Dr. Azizah Johor meminta kerajaan mempertimbangkan untuk terus melaksana dasar itu hingga 2020.

"Dasar AP tidak harus dihapuskan kerana majoriti pemegangnya bumiputera. Adakah wajar ia dihentikan kerana sebanyak 90 peratus yang terlibat adalah bumiputera. Dasar ini mewujudkan 78,400 peluang pekerjaan yang kebanyakannya disandang golongan bumiputera.

"Sektor ini juga menyumbang hasil sebanyak RM1.8 bilion kepada kerajaan. Jangan kerana pembangkang membangkitkan perkara ini di Parlimen, kita jadi gelabah. Yang jadi mangsa adalah orang Melayu. Cubalah jangan melakukan sesuatu yang membangkitkan kemarahan orang Melayu," katanya ketika menyokong usul ekonomi pada Perhimpunan Agung UMNO 2013, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Azizah yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Lumut menegaskan, permintaan Wanita UMNO agar dasar kuota ditetapkan bagi membolehkan kaum itu lebih berdaya maju dalam bidang ekonomi bukan kerana mahu mencari jalan mudah untuk berjaya.

Sebaliknya, beliau berkata, wanita sedang bersaing di 'dataran' yang tidak rata sehingga menyebabkan mereka berada terkebelakang dalam bidang ekonomi.

"Wanita minta kuota kerana bersebab, kami bukan hendak cari jalan mudah, bukan sebab lemah tetapi kerana bersaing di padang tidak rata. Macam orang main bola, kalau penjaga gol berada di padang rata, maka senang hendak pertahan gawang," katanya.

Azizah berkata, sebagai 'tulang belakang' parti, Wanita UMNO harus dijaga supaya belakang tidak reput dan bongkok.

"Maka, perlu makan banyak vitamin. Wanita perlu dibolehupayakan, diarusperdanakan dan perlu diberi sedikit keistimewaan kerana ada kekurangan. Kita perlu ingat, untuk berdaya saing dalam bidang ekonomi terutama keusahawanan, wanita tidak boleh sering keluar meninggalkan rumah seperti golongan lelaki.

"Wanita tidak boleh selalu berada di padang golf yang menjadi tempat mereka yang ada kuasa. Tempat tauke-tauke besar bersantai, tempat orang politik duduk bersembang bersenang hati. Adalah menjengkelkan jika melihat wanita 'bertebeng' di gerai kopi setiap malam untuk buat networking," katanya.

Oleh kerana itu, Wanita UMNO mencadangkan agar kerajaan mewujudkan Majlis Tindakan Ekonomi Wanita (MTEW) bagi memudahkan golongan itu menerokai peluang dan ruang ekonomi yang melimpah-ruah di negara ini.

"Sekurang-kurangnya 10 peratus atau lebih boleh diperuntukkan daripada perolehan kerajaan untuk memperkasakan wanita dalam bidang ekonomi. Petronas sebagai contoh menyediakan skop kerja dengan nilai RM70 bilion...daripada jumlah itu, takkanlah tak boleh bagi sikit kepada wanita?," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.