saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 07/12/2013

Kedah paling sesuai penyatuan UMNO-Pas

Sebahagian perwakilan terhibur dengan gelagat pembahas sekali gus menghilangkan rasa mengantuk pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 di PWTC, Kuala Lumpur, semalam

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Kedah boleh menjadi tempat rujukan paling sesuai untuk merealisasikan usaha penyatuan antara UMNO dan Pas.

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, negeri itu sedia membuka peluang perbincangan antara kedua-dua parti itu memandangkan politik yang diamalkan merupakan politik damai, matang dan tidak keterlaluan walaupun terdapat perbezaan pandangan.

''Lihat sahaja sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah walaupun kita berbahas pelbagai isu dan kalau ada kritikan tertentu mengenai kedua-dua pihak sekalipun, tidaklah sampai menyinggung perasaan atau serangan peribadi.

''Saya ingat Kedah paling sesuai untuk usaha tersebut," katanya ketika ditemui pemberita pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa UMNO tidak pernah menolak sebarang langkah atau usaha yang dilakukan oleh mana-mana pihak bagi membantu meningkatkan perpaduan dalam kalangan orang Melayu, umat Islam atau rakyat di negara ini.

Sehubungan itu, kata Timbalan Perdana Menteri, UMNO sentiasa mengalu-alukan usul daripada mana-mana pihak supaya diadakan muzakarah, perbincangan atau pertemuan dengan Pas untuk dicari titik persamaan atau mengurangkan perselisihan faham antara kedua-dua pihak.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kesediaan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron untuk memaafkan masyarakat Cina yang dilihat seolah-olah terhukum akibat 'insiden' keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu, Mukhriz berkata, usaha itu dilihat baik namun perlu ada kesedaran bagi pihak yang melakukan kesalahan tersebut.

''Saya ingat kalau nak maafkan sudah tentu ada kesalahan dilakukan oleh satu pihak, adakah satu pihak itu sedar tentang kesilapan yang dilakukan itu.

''Saya pernah keluarkan kenyataan bahawa kita sentiasa memberi perhatian kepada kehendak seluruh rakyat tidak kira latar belakang, etnik dan sebagainya. Mahu tidak mahu, kita sebagai insan biasa ada juga perasaan untuk menolong mereka yang menyokong dan membantu kita dan pendekatan itu masih diamalkan oleh semua pihak termasuk negeri pembangkang," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:10
Zohor 1:30
Asar 4:47
Maghrib 7:29
Isyak 8:39



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.