saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 07/12/2013

'Saya bukan halang, cuma kurang bersetuju'

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Gara-gara membuat kenyataan kurang bersetuju dengan pelantikan Mohammad Kazim Elias sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, abang penceramah bebas terkenal itu, Kapten (B) Datuk Mohd. Najmuddin Elias teruk dihentam sepanjang menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini sejak tiga hari lalu.

Ekoran itu, Mohd. Najmuddin yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Larut hari ini tampil memberi penjelasan tentang situasi sebenar supaya kenyataan beliau tidak terus disalahertikan selepas Ustaz Kazim menolak tawaran dilantik sebagai ahli MT, Selasa lalu.

Menurut bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kurau, Perak itu, sepanjang menjadi perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO kali ini, ramai perwakilan datang berjumpa dan melahirkan rasa tidak puas hati terhadapnya kerana beranggapan beliau menentang keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melantik Ustaz Kazim.

"Saya bukan tidak bersetuju, tetapi saya kurang bersetuju iaitu tidak bermaksud tidak setuju langsung. Kurang setuju ini ada kelonggaran lagi di situ sekiranya Ustaz Kazim dapat menjalankan tugasnya dengan baik atau diberi satu tugas khas yang membolehkan beliau bergerak ke seluruh negara dengan bebas dan tanpa kekangan. Itu maksud saya.

"Bukan saya seorang sahaja kurang bersetuju, tetapi semua ahli keluarga termasuk seorang lagi adik saya iaitu Hasbullah Elias iaitu ADUN Kubu Gajah," katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan PWTC, di sini hari ini.

Dalam laporan akhbar sebelum ini, Mohd. Najmuddin melahirkan rasa kurang setuju dengan pelantikan adiknya sebagai ahli MT UMNO kerana melihat situasi hanya akan menguntungkan sebelah pihak berbanding tugas pendakwah bebas yang boleh menyebar ilmu kepada kerajaan mahupun pembangkang.

Beliau dan ahli keluarga yang lain bersetuju sekiranya Perdana Menteri memberikan satu tugas tertentu untuk Ustaz Kazim bergerak dengan lebih meluas dan bukan sekadar jawatan MT.

"Bagaimanapun, semasa Ustaz Kazim bertemu dengan Perdana Menteri di Parlimen baru-baru ini, Najib telah memberikan komitmen bahawa Ustaz Kazim akan diberikan tugasan tertentu dan Ustaz Kazim juga sedia membantu. Itu ahli keluarga boleh terima dengan baik.

"Sebenarnya, kami sekeluarga setuju sekiranya Ustaz Kazim terus dalam bidang dakwah kerana beliau boleh pergi kepada semua tanpa kekangan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:10
Zohor 1:30
Asar 4:47
Maghrib 7:29
Isyak 8:39



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.