saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 07/12/2013

Cadang tubuhkan Bank Luar Bandar

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Kerajaan disaran menubuhkan Bank Luar Bandar bagi membantu masyarakat luar bandar mendapatkan bantuan modal atau pembiayaan untuk meningkatkan ekonomi mereka.

Wakil Kedah, Datuk Othman Aziz berkata, penubuhan bank tersebut boleh dibincangkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang terlibat secara langsung dengan masyarakat luar bandar dan telah diberi peruntukan besar oleh kerajaan dalam bajet 2014 yang lalu.

Selain itu, katanya, pelbagai agensi di bawah kedua-dua kementerian terbabit seperti Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN), Mara, Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) turut diberi peruntukan besar.

Beliau yang juga Pengerusi MADA berkata, peruntukan yang disalurkan kepada pelbagai kementerian itu boleh disatukan secara lebih sistematik melalui penubuhan bank berkenaan bagi memudahkan masyarakat luar bandar mendapat pembiayaan secara lebih berkesan.

"Matlamat penubuhan Bank Luar Bandar ini adalah untuk membantu masyarakat luar bandar mendapatkan pelbagai bantuan atau pembiayaan bagi mengembangkan ekonomi mereka.

"Bank Luar Bandar ini akan melihat macam mana TEKUN, Mara, MADA, KADA dan lain-lain yang berkaitan yang memang mempunyai peruntukan berbilion ringgit setiap tahun memberi bantuan modal dan pembiayaan kepada rakyat di seluruh negara," katanya ketika membahaskan usul ekonomi dalam Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Dalam pada itu, Othman yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Jerlun, meminta Kerajaan Pusat membantu negeri Kedah menarik kembali kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) ke negeri itu yang mencatatkan pertumbuhan sifar dalam tempoh lima tahun lalu iaitu semasa di bawah pemerintahan Pas.

Beliau turut mencadangkan supaya Kerajaan Pusat menjadikan Kedah sebagai hab industri automotif kerana negeri itu mempunyai industri berat dan kilang pemasangan untuk kenderaan Naza, Modenas dan Inokom, selain berada dalam kawasan Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA).

Katanya, Kedah melalui Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) pada 2006 hingga 2007, pernah mencatatkan aliran FDI sebanyak RM9 bilion dengan pelaburan mencecah RM40 bilion, selain mencipta lebih 20,000 peluang pekerjaan.

"Jadi Kedah mohon bantuan Kerajaan Pusat melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) untuk membantu kami menarik kembali pelaburan FDI baru ke KHTP," katanya.

Othman turut menyarankan supaya Kerajaan Pusat memikirkan mekanisme tertentu untuk membolehkan Kedah dibayar sedikit pampasan di atas pengorbanan negeri itu dalam mengekalkan kawasan tadahan air seluas 1,267 kilometer persegi bagi memastikan Kedah kekal sebagai Negeri Jelapang Makanan Negara.

Beliau berkata, kawasan tadahan itu yang merupakan hutan dara dipercayai mempunyai khazanah balak bernilai berbilion ringgit, namun tidak diusik oleh kerajaan negeri meskipun Kedah tiada sumber asli lain seperti lombong, bijih dan emas untuk dijadikan sebagai hasil mahsul negeri.

Bagaimanapun, katanya, jumlah takungan air sebanyak 1.5 juta meter padu yang dikumpul jauh melebihi keperluan air bagi tanaman padi di kawasan MADA iaitu sekitar 987 juta meter padu setahun dan selebihnya dilepaskan ke Sungai Muda terus ke laut melalui Pulau Pinang yang kemudiannya diproses menjadi air bersih dan dijual .

Lebihan air itu katanya, telah diproses menjadi air bersih oleh kerajaan negeri Pulau Pinang yang kemudiannya menjualnya sebagai punca pendapatan kerajaan negeri itu.

"Bentuk pampasan boleh dikira dengan volume air yang diproses dan dijual oleh Kerajaan Pulau Pinang, atau Kerajaan Pusat boleh memberi peruntukan untuk membina loji air bersih supaya Kedah dapat menjual air terawat kepada Pulau Pinang," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.