saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 07/12/2013

Komponen BN diminta jujur

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) diminta bersikap lebih jujur dalam usaha mengembalikan sokongan kaum bukan Melayu khususnya Cina kepada parti itu.

Gesaan itu dibuat oleh wakil Johor, Datuk Zulkurnain Kamisan yang berasa hairan apabila kaum bukan Melayu khususnya Cina begitu susah untuk menyokong BN meskipun kerajaan telah membelanjakan peruntukan yang amat besar untuk memenuhi kehendak, keperluan dan tuntutan mereka.

"Selama lima tahun kita menunggu dari 2008 hingga 2013, tetapi mereka tetap gagal dan semakin teruk jika dibandingkan dengan Pilihan Raya Umum Ke-12. Di mana kesilapan dan kelemahan rakan-rakan kita ini.

"Mereka tidak boleh terus membiarkan perkara ini berlaku, tolong kembalikan sokongan kaum Cina kepada BN. Apa yang kita mahu hanya berlaku jujur dan adil kepada perjuangan parti yang ditunjangi oleh UMNO. Jujurlah kepada orang Melayu dan berikanlah pulangan serta kerjasama yang sewajarnya terhadap perjuangan bersama, itu sahaja,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden dalam Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.

Menurutnya, UMNO juga tidak mahu selepas PRU-14 nanti, parti-parti itu terus hilang daripada persada politik tanah air hanya kerana tidak mendapat sokongan daripada kaum mereka sendiri.

"Kita juga tidak mahu MCA, Gerakan, MIC atau PPP bersikap seperti DAP atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya kerana mahu menjadi hero. DAP dan PKR sanggup berusaha untuk memusnahkan dan menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu. Percayalah UMNO Johor tidak akan sesekali membenarkan perkara ini berlaku.

"Tolonglah wahai rakan-rakan komponen selesaikan segera masalah yang ada, termasuk masalah dalaman parti, kita akan pastikan bersama-sama pada PRU-14, BN akan menang lebih bergaya dengan lebih dua pertiga," katanya.

Zulkurnain yang juga Ketua UMNO Bahagian Parit Sulong berkata, parti-parti komponen boleh mencontohi kejayaan UMNO menambah bilangan kerusi daripada 79 kepada 88 pada PRU-13 lalu, hasil keberanian parti Melayu itu melakukan transformasi meskipun pahit.

Dalam pada itu, Zulkurnain menggesa kerajaan bertindak tegas terhadap pembangkang yang bukan sahaja mengamalkan politik tidak bersih, tetapi juga bertindak cuba memusnahkan ekonomi negara apabila dikatakan menghasut pelabur luar agar tidak melabur dalam negara.

Beliau berkata, tindakan pembangkang yang menakut-nakutkan pelabur Taiwan yang hendak melabur dalam Projek Rapid Pengerang sehingga mereka membatalkan hasrat tersebut, amat dikesali dan perkara itu tidak boleh dibiarkan dan perlu ditangani dengan bijaksana.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.