saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 07/12/2013

Kuatkan sayap Pemuda, Puteri

KUALA LUMPUR 6 Dis. - UMNO disaran memperkasakan Pergerakan Pemuda dan Puteri sebagai penyelia parti untuk memastikan semua cawangan dianggotai lebih ramai orang muda yang diyakini dapat membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Sejajar dengan itu, menurut Wakil Pahang, Datuk Wan Kadri Wan Mahusain, UMNO negeri menyokong usaha Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan peruntukan yang besar untuk pembangunan golongan muda terutama dalam aspek pendidikan.

Usaha itu, jelas beliau, dapat melahirkan pemimpin muda yang berpendidikan dan berwibawa, sekali gus akan menguntungkan parti apabila lebih ramai profesional UMNO dapat dilahirkan.

''Kalau kita lihat daftar pemilih dan komposisi orang muda atau pengundi muda berumur 40 tahun ke bawah kini mengatasi jumlah pengundi berusia 40 tahun ke atas.

''Sehubungan itu, adalah penting untuk Pemuda dan Puteri memastikan jumlah pengundi muda bertambah kerana mereka adalah pewaris yang akan memperjuangkan agenda UMNO," katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden dalam Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Wan Kadri berkata, dalam meletakkan sasaran memperoleh kejayaan cemerlang dalam PRU-14, UMNO Pahang berharap kepimpinan parti memastikan aspek pembangunan di luar bandar diberi perhatian.

Katanya, UMNO perlu memberi lebih perhatian terhadap penduduk di kawasan luar bandar untuk meningkatkan lagi sokongan mereka terhadap parti menjelang PRU-14.

''Kawasan Felda contohnya merupakan kawasan yang jelas memberi sokongan kepada UMNO kerana kebanyakannya adalah pengundi Melayu. Sebab itu jika ada pembangunan di kawasan Felda, saya sarankan pembangunannya dikawal, peniaga kecil yang ada di Felda yang kebanyakannya orang Melayu juga mesti dikawal.

''Sebarang bentuk pembangunan yang melibatkan aset untuk dijual contohnya yang dijual secara kecil-kecilan atau sederhana, pastikan terus dimiliki oleh orang Melayu, jika tidak kita akan kalah kepada kaum lain kerana kita tidak ada rangkaian perniagaan yang kuat," katanya.

Beliau turut menyentuh isu syarikat milik kerajaan (GLC) dengan meminta kerajaan menerusi Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) memantau pelan pelaksanaan GLC dalam aspek bentuk pelan pembangunan untuk usahawan bumiputera dan jumlah bumiputera yang ada di dalam GLC seperti Petronas.

''Kita telah tubuhkan GLC untuk bantu Melayu tetapi akhirnya sebahagian GLC ini bukan sahaja tidak bantu tetapi kadang kala malu untuk memberi projek kepada orang Melayu," ujarnya.

Dalam pada itu, laporan Utusan Malaysia hari ini turut mendapat perhatian perwakilan apabila Wan Kadri sebelum mengakhiri ucapannya membacakan petikan ucapan dasar Presiden yang disiarkan di muka depan akhbar tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.