saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 07/12/2013

KPI bantu matlamat wanita

Noraini Ahmad dalam sesi perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 di PWTC, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Wanita UMNO mencadangkan kerajaan mewujudkan Indeks Prestasi Utama (KPI) untuk memastikan dasar penyertaan 30 peratus wanita sebagai pelaksana dalam sektor awam dan swasta benar-benar mencapai matlamatnya.

Wakil Wanita UMNO, Datuk Noraini Ahmad berkata, sasaran untuk membabitkan penyertaan besar wanita perlu dilaksanakan kerana golongan itu merupakan penyokong kuat UMNO dan kerajaan sedia ada.

“Dasar memang cukup baik, 30 peratus wanita sebagai pelaksana dalam sektor awam dan swasta tetapi saya ingin bertanya, mengapa pelaksanaannya sampai sekarang belum tercapai, macam menunggu buah tidak gugur.

“Wanita UMNO mencadangkan satu KPI berkaitan gender diletakkan supaya pelaksanaan dasar ini boleh dipantau, sekiranya cadangan ini diterima, ia memberi semangat bukan sahaja kepada Wanita UMNO tetapi wanita di Malaysia," katanya ketika membahaskan usul Ucapan Dasar Presiden dalam Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Pihaknya berharap pelantikan Wanita UMNO sebagai Ahli Lembaga Pengarah dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dapat dilakukan sekurang-kurangnya dua orang untuk memperkasakan wanita Melayu dan bumiputera.

“Kalau GLC tidak membantu UMNO dan Barisan Nasional (BN), siapa lagi hendak bantu, kalau ini dilakukan, GLC boleh menjadi contoh kepada syarikat-syarikat swasta lain.

Noraini turut mencadangkan kerajaan melaksanakan undang-undang waktu kerja anjal supaya golongan wanita berkeluarga boleh bekerja dalam tempoh yang fleksibel.

Beliau berkata, sebuah jabatan atau bahagian khas diwujudkan di Ibu Pejabat UMNO dan Pejabat UMNO Bahagian untuk mengendalikan daftar pemilih dalam kalangan ahli-ahli UMNO.

“Kita berharap jabatan ini lengkap maklumatnya dengan ahli-ahli yang telah berdaftar sebagai pemilih di Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), tidaklah kita tergesa-gesa pada saat-saat akhir semua periksa, kita perlu perbaiki sistem yang kita ada," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:36
Maghrib 7:26
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.