saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 07/12/2013

Pemuda UMNO WP bantu mangsa banjir di Rompin

KUALA LUMPUR 7 Dis. - Prihatin dengan kesengsaraan mangsa banjir di kawasan Rompin, Pahang mendorong Kestaria Muda Pemuda Umno Wilayah Persekutuan (WP) tampil menghulurkan bantuan.

Ketua Pemuda WP, Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata tiga tan bantuan bernilai RM25,000 termasuk bahan makanan seperti beras, air mineral dan barang keperluan harian mula dihantar hari ini kepada mangsa banjir di kawasan berkenaan.

"Rompin ialah antara kawasan paling teruk terjejas akibat banjir. Selain itu, mangsa sukar mendapatkan barangan keperluan kerana terputus hubungan," katanya kepada pemberita selepas pelepasan penghantaran bantuan itu di luar Perhimpunan Agung UMNO 2013, yang disempurnakan oleh Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di sini hari ini.

"Makanan dan barangan keperluan harian itu akan disumbangkan kepada mangsa banjir di pusat-pusat penempatan sementara di Rompin," kata Mohd Razlan.

Mohd Razlan berkata beliau turut menerima laporan mengenai penduduk kampung di daerah itu menahan lori-lori membawa bantuan untuk membeli barangan keperluan yang diangkut.

Beliau berkata Kesatria Muda akan seterusnya menggerakkan usaha membantu mangsa banjir membersihkan rumah apabila keadaan pulih kelak.

Banjir yang melanda Pahang, Terengganu, Johor dan Kelantan membabitkan puluhan ribu mangsa terpaksa dipindahkan. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:18
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.