saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 07/12/2013

Shahrizat cadang Amanah Ikhtiar jadi Bank Wanita

KUALA LUMPUR 7 Dis. - Pergerakan Wanita UMNO mencadangkan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang menawarkan pinjaman mikro kepada golongan miskin, dinaik taraf menjadi Bank Wanita.

Ketua pergerakan itu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata sebanyak 99 peratus peminjam AIM kini ialah golongan wanita.

Beliau berkata melalui penubuhan Bank Wanita, kaum hawa akan merasa lebih selesa untuk membuat urusan pinjaman dan mendapatkan nasihat perniagaan.

"Bank Wanita ini adalah satu fonomena yang di sesetengah negara tidak menjadi, ada sesetengah negara ia satu inisiatif yang berjaya," katanya ketika menggulung perbahasan di Perhimpunan Agung UMNO 2013 di sini, hari ini.

Justeru, Shahrizat yang juga Penasihat Khas kepada Perdana Menteri dalam isu berkaitan wanita meminta Kementerian Kewangan untuk mengkaji cadangan itu.

Shahrizat juga berkata Manifesto Barisan Nasional (BN) berhubung pengupayaan wanita dalam keusahawanan serta peningkatan golongan wanita di peringkat membuat keputusan perlu direalisasikan.

Beliau berkata penubuhan akademik inovasi wanita di bawah Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) diharap dapat memberi manfaat kepada golongan itu dalam bidang keusahawanan.

Selain itu, beliau berkata pengiktirafan kepada Wanita sebagai tulang belakang UMNO akan menjadi suntikan semangat kepada anggota sayap tersebut untuk memantapkan lagi jentera politik UMNO.

Katanya pergerakan itu akan menjadi benteng pertahanan terhadap sebarang serangan yang menjejaskan pembangunan agama, bangsa dan negara.

"Saya juga minta supaya semua pemimpin dan anggota UMNO jangan kita selalu tunduk kepada pembangkang, kenapa kita nak ikut tarian mereka, sebenarnya kitalah kena mencatur politik sendiri," tegasnya.

Terdahulu, Ketua Puteri UMNO Mas Ermieyati Samsuddin semasa menggulung bagi sayap itu pula meminta jenteranya di semua peringkat berusaha menambah keanggotaan bagi memastikan Puteri terus menjadi pilihan wanita muda di negara ini.

Beliau berkata jumlah keanggotaan yang besar bukan sahaja menyerlahkan keutuhan sayap, tetapi juga menjadikan Puteri sebuah pergerakan yang ’trendy’ kerana sentiasa menjadi pilihan wanita muda biarpun zaman berganti zaman. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:59
Zohor 1:21
Asar 4:22
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.