saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 08/12/2013

PM pantau sendiri GLC

KUALA LUMPUR 7 Dis.- Kerajaan akan memantau syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi memastikan mereka melaksanakan agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera dengan berkesan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang juga presiden UMNO berkata, parti itu mendengar mesej yang disampaikan perwakilan sepanjang Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung dari Selasa lalu dan berakhir hari ini yang mahu GLC memainkan peranan lebih besar dalam pembangunan ekonomi Melayu dan Bumiputera.

"Saya dah jumpa dengan semua ketua eksekutif GLC, kata pada mereka bahawa agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera adalah sebahagian agenda nasional dan oleh itu setiap CEO (ketua pegawai eksekutif) dan pengurusan GLC perlu laksanakan agenda ini dengan sebaik mungkin.

"Kita memantau perkara ini dengan teliti dan jadikan ini sebagai KPI (Petunjuk Prestasi Utama) pada setiap CEO GLC, akhir tahun saya nak tengok kad laporannya," katanya dalam ucapan penangguhan Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Najib berkata, pengurusan GLC diingatkan supaya tidak perlu bersikap apologetik kerana agenda yang dilaksanakan adalah penting demi menegakkan keadilan sosial dan mengekalkan kestabilan di negara ini yang mempunyai komposisi 67 peratus penduduk Melayu dan Bumiputera.

"Demi keadilan sosial dan kestabilan jangka panjang, orang Melayu dan bumiputera mesti ditingkatkan kedudukan, seimbang, kongsi kekayaan," kata Najib.- BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:59
Zohor 1:21
Asar 4:22
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.