saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 08/12/2013

Harus berani singkir pemimpin GLC - Ismail Sabri

KUALA LUMPUR 7 Dis. - Kerajaan harus berani mengeluarkan mana-mana pemimpin syarikat milik kerajaan (GLC) yang tidak serius dan berminat memperjuangkan agenda memperkasakan bumiputera.

"Tidak perlu dia di situ. Kerajaan mesti tegas, tidak perlu sekadar berpuas hati hanya kerana GLC itu mampu bawa keuntungan semata-mata, tetapi tidak memperkasa bumiputera.

"Sepatutnya dia (GLC) harus ada serampang dua mata," kata Ketua UMNO Bahagian Bera yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika ditemui pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 di sini hari ini.

Menurut Ismail Sabri, orang Melayu termasuk ahli UMNO masih melihat GLC terus gagal membantu meningkatkan sosioekonomi orang Melayu dan bumiputera walaupun setiap tahun isu itu dibangkitkan oleh perwakilan parti dalam perhimpunan agung.

"Mereka (CEO GLC) mesti mendengar dan bertindak menyelesaikan kemelut ini kerana GLC-GLC ini diwujudkan pun dan ada di situ kerana perjuangan UMNO dan Barisan Nasional.

"Patut mereka pulangkan balik (keuntungan) kepada orang Melayu dan bukannya melihat 'bottom line' keuntungan semata-mata," katanya.

Beliau mengingatkan bahawa sikap GLC yang turut tidak mengiklankan produk dan perkhidmatan mereka dalam Utusan Malaysia sedangkan akhbar itu suara perjuangan orang Melayu juga suatu insiden yang menghairankan.

"Wakil Perak dalam perbahasan menunjukkan akhbar-akhbar Cina paling banyak diberikan iklan oleh pemimpin-pemimpin GLC yang juga dari kalangan orang Melayu. Sepatutnya Utusan Malaysialah yang lebih banyak (iklan). Tidak mungkin syarikat-syarikat swasta Cina guna Utusan Malaysia untuk iklankan produk-produk mereka. Jelas GLC tidak sensitif," katanya.

Seterusnya Ismail Sabri berkata: "Utusan Malaysia ini diboikot oleh pembangkang kerana akhbar ini secara terbuka menyokong usaha memperkasakan orang Melayu dan Bumiputera.

"Sepatutnya GLC sokong penuh Utusan Malaysia kerana kalau tidak Utusan Malaysia terpaksa ditutup. Kalau tak sokong, maknanya kita sama sahaja dengan pembangkang...mahu tutup terus akhbar perjuangan orang Melayu ini."

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:59
Zohor 1:21
Asar 4:22
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.