saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 08/12/2013

ASWJ dalam perlembagaan UMNO sebagai takrifan Islam

KUALA LUMPUR 7 Dis. - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, cadangan mentakrif Islam dalam Perlembagaan Persekutuan yang berasaskan kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah memerlukan persetujuan dua pertiga di Parlimen serta sokongan Majlis Raja-raja.

Sehubungan itu, beliau yang juga Perdana Menteri menambah, kerajaan perlu mengadakan perbincangan lebih lanjut berhubung cadangan tersebut.

Walau bagaimanapun, tambahnya, untuk peringkat permulaan perkataan Ahli Sunnah Wal Jamaah akan dimasukkan dalam Perlembagaan UMNO iaitu sebagai takrifan kepada Islam.

"Soal Perlembagaan negara ini perlu ada proses yang terpaksa kita lalui selain perlu melalui proses perbincangan. Kita juga memerlukan dua pertiga majoriti di Parlimen serta sokongan daripada Majlis Raja-raja," ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Menjawab soalan lain, Najib berkata, UMNO akan mengadakan perhimpunan khas tahun depan.

"Cuma tarikh dan masa belum kita tentukan. Begitu juga dengan agenda-agenda perbincangan. Ini juga belum ditentukan lagi," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.