saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 08/12/2013

Jangan biar GLC ambil keputusan sendiri

KUALA LUMPUR 7 Dis. - Kerajaan digesa tidak lagi membiarkan pengurusan tertinggi termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat milik kerajaan (GLC) menggunakan budi bicara sendiri dalam melaksanakan agenda membangunkan sosioekonomi bumiputera di negara ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Johari Abdul Ghani (gambar) berkata, sebaliknya kerajaan perlu mewujudkan petunjuk prestasi utama (KPI) sebagai antara syarat perkhidmatan bagi mereka yang menjawat pengurusan tertinggi dan CEO di setiap GLC supaya agenda itu dapat dilaksanakan sepenuhnya.

"Kalau kita biarkan pengurusan tertinggi dan CEO GLC menggunakan budi bicara sendiri, maka akan berlaku kekeliruan dan masalah dalam melaksanakan agenda membangunkan sosioekonomi bumiputera.

"Mereka mempunyai kontrak perkhidmatan dan sekiranya mahu bekerja lebih lama dalam sesebuah GLC, mereka kena memenuhi KPI tersebut. Kadang-kadang kita ambil mudah mengenai perkara ini.

"Perlu diingat, mereka ini adalah profesional yang tidak terlibat dengan politik. Kemungkinan mereka tidak faham soal melaksanakan agenda pembangunan sosioekonomi bumiputera," katanya ketika ditemui semasa mengadakan lawatan ke bilik operasi Utusan Malaysia sempena Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.