saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 08/12/2013

Model Ulul Albab diperluas

PARA perwakilan berdiri dan mengangkat tangan dengan penuh bersemangat sambil melaungkan 'Hidup Melayu' pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 7 Dis. - Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, model pendidikan Islam Ulul Albab akan diperluas pelaksanaannya ke seluruh negara mulai tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri memberitahu, buat masa ini, empat buah sekolah agama bantuan kerajaan di Terengganu telah menggunakan model tersebut.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan menjelaskan, model itu menyasarkan pelajar khatam al-Quran sebelum tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Inilah sebahagian daripada tuntutan yang dikehendaki sebahagian besar umat Islam di negara ini.

"Program ini yang berasaskan prinsip quranik, ensiklopedik dan ijtihad diharapkan dapat membentuk pelajar yang bukan sahaja cemerlang dari segi pencapaian akademik tetapi juga cemerlang dari segi pengetahuan serta penghayatan Islam," katanya ketika menggulung perbahasan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Dalam masa sama, Muhyiddin menambah, Program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat akan diperluas pelaksanaannya merangkumi kesemua 85 kolej komuniti di seluruh negara.

Katanya, program tersebut akan diintegrasikan dengan program- program pendidikan sepanjang hayat di kolej-kolej komuniti terbabit.

"Saya telah berbincang dengan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya kolej komuniti dapat diperluaskan peranannya," katanya.

Beliau turut meminta Biro Pendidikan UMNO di peringkat bahagian memainkan peranan menterjemahkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015 kepada akar umbi.

"Mereka perlu terlibat secara langsung dalam menterjemah pelan itu kepada semua peringkat terutama akar umbi kerana tiada anggota masyarakat yang terkecuali daripada mendapat kesan dan faedahnya," jelasnya.

Berhubung sistem pentaksiran berasaskan sekolah (PBS), Muhyiddin memberi jaminan masalah mengakses sistem itu dijangka selesai April tahun depan.

"Langkah sudah pun bermula dan saya telah mengarahkan Kementerian Pendidikan mengambil inisiatif memperbaiki akses sistem," katanya.

Berhubung isu-isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang dibangkitkan para perwakilan, beliau menjelaskan, kerajaan akan meneliti segala cadangan yang diutarakan sebelum mengumumkan maklum balas dalam masa terdekat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.