saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 08/12/2013

Muhyiddin akan tetap setia kepada Presiden UMNO

KUALA LUMPUR 7 Dis. - Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan akan terus setia kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menang tanpa bertanding pada pemilihan parti lalu.

Muhyiddin turut mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Najib di atas pemilihan tersebut yang membuktikan kepemimpinan beliau telah diterima dengan begitu baik oleh ahli-ahli parti di semua peringkat.

Beliau turut mengungkapkan kesetiaannya itu menerusi dua rangkap pantun:

Cantik terbilang si bunga tanjung

Dibawa tuan duduk di tangga

Budi dikenang bakti disanjung

Setia ku tuan pada mu jua.

Anak muda memakai tanjak

Wanita bergaya di Tanjung Puteri

Patuh berkhidmat takkan berganjak

Kepada Presiden setia berbakti.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut menyatakan rasa simpati UMNO dan kerajaan terhadap rakyat yang ditimpa banjir di seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Perdana Menteri dan beliau sendiri telah melawat mangsa-mangsa banjir di Pahang dan Terengganu, sementara ramai pemimpin UMNO tidak hadir ke perhimpunan ini kerana membantu mereka.

"Selaku Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negara, saya telah keluarkan arahan untuk membolehkan masalah yang dihadapi mangsa di seluruh pusat pemindahan ditangani sebaik-baiknya dengan menentukan bahan-bahan keperluan makanan, logistik, keselesaan tempat tinggal, rawatan perubatan dan keselamatan harta benda sentiasa dalam keadaan terpelihara," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:10
Zohor 1:30
Asar 4:47
Maghrib 7:29
Isyak 8:39



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.