saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 08/12/2013

Penduduk luar bandar penyokong kuat BN

Mohd. Shafie Apdal menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 7 Dis. - Semua pihak di dalam UMNO perlu sedar dan menerima hakikat penyokong kuat Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 terdiri daripada penduduk luar bandar.

Sehubungan itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal meminta kerajaan terus meningkatkan peruntukan supaya kesejahteraan penduduk di kawasan berkenaan sentiasa terpelihara.

Realitinya, beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menambah, disebabkan sokongan padu dan kuat daripada penduduk luar bandar, pemerintahan BN dan UMNO terus kekal sehingga hari ini.

"Kita jangan lupa, kita jangan alpa. Mereka merupakan kubu kuat BN dan UMNO. Kita jangan lupa untuk terus membela agama Islam, orang Melayu dan bumiputera yang sebahagian besarnya merupakan penduduk luar bandar.

"Kita tidak mempunyai kekuatan (di bandar). Kita kata kita menang di peringkat bandar, tidak semua kita menang cuma di Johor Bahru sahaja. Jika kita menang sekali pun majoritinya 1,000 undi, 500 undi. Jika di kampung 20,000 atau 15,000 majoritinya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau turut menyentuh mengenai proses pengkaderan di dalam parti yang banyak dibangkitkan para perwakilan dalam perbahasan kali ini.

Menurut beliau, proses pengkaderan itu perlu diperhebat bagi membolehkan parti menerapkan jati diri dalam kalangan ahli-ahli UMNO sekali gus meningkatkan kekuatan parti.

"Kita mendaftar sehingga mencecah berjuta ahli tetapi apabila sampai pilihan raya sepatutnya dengan jumlah itu kita boleh menang, malangnya kita kalah.

"Sebagai contoh, ada taman perumahan jumlah penduduknya 4,000 orang. Namun cawangan UMNO cuma ada 200 ahli sahaja. Apa ertinya kita menang ketua cawangan kalau kita hilang kuasa pemerintahan," katanya.

Selain itu, beliau turut menyatakan rancangannya untuk mentransformasi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) dalam usaha memperkasa kepimpinan di peringkat kampung.

"Antaranya, kita mahu melihat 30 peratus daripada JKKK terdiri daripada para belia termasuk golongan wanita," katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Shafie turut mencuri perhatian perwakilan apabila memberi gelaran Bapa Transformasi Negara kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak atas komitmen menjayakan setiap program transformasi yang telah dirancang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.