saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 08/12/2013

Suruhanjaya Menangani Ajaran Sesat

Ahmad Zahid Hamidi menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 7 Dis. - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan agar ditubuhkan segera Suruhanjaya Menangani Ajaran Sesat bagi mengelakkan masalah penyelewengan akidah yang mengancam keselamatan negara.

Menurut beliau, suruhanjaya itu jika menjadi kenyataan merupakan kerjasama antara Kementerian Dalam Negeri dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan bakal menjadi mekanisme khusus untuk menangani ajaran sesat termasuk fahaman Syiah.

Pada masa sama, beliau juga mengumumkan Kementerian Dalam Negeri akan menaiktaraf Lembaga Penapisan al-Quran kepada Lembaga Penapisan al-Quran dan Al-Hadith bagi memastikan tiada ayat suci al-Quran dan hadis dipalsukan.

"Ada (pihak) yang cuba menghidupkan ajaran sesat. Saya tidak memandang ini dari aspek akidah kerana itu tugas Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Menteri di Jabatan Perdana Menteri). Saya melihat aspek keselamatan kerana tidak mahu ummah kita dipecahkan ajaran sesat ini.

"Sesungguhnya kita perlu berwaspada dengan musuh Islam yang bertopeng Islam seperti Syiah yang sedang Kementerian Dalam Negeri dan Jakim perangi sekarang," katanya semasa menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid menuntut keberanian serta komitmen politik dari Pas untuk menolak pemimpin tertinggi parti itu yang dipercayai mengamal ajaran Syiah kerana Islam di Malaysia bertunjangkan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah dan bukan ajaran lain.

Katanya, Kementerian Dalam Negeri mempunyai semua bukti mengenai pembabitan pemimpin tertinggi parti itu dalam gerakan Syiah di Malaysia dan hairan bagaimana Pas yang kononnya memperjuangkan Islam boleh mengangkat pemimpin seperti itu.

"Kita tahu siapa pemimpin Syiah dalam Pas. Pas perlu ketepikan perbezaan politik. Ini soal akidah dan soal keselamatan negara. Kita hairan bagaimana Pas memilih pemimpin Syiah ini. Jangan berselindung kerana kita mempunyai semua bukti penglibatan dia.

"Datuk Jamil Khir, Kementerian Dalam Negeri bagi kuasa ambil tindakan kepada pemimpin Pas ini," katanya sambil mengesahkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) menolak permohonan Majlis Syiah Malaysia untuk didaftarkan kerana ajaran itu difatwakan sebagai haram pada tahun 1996.

Tambahnya, melalui Akta Pertubuhan 1966, pihaknya bukan sahaja menolak permohonan Majlis Syiah Malaysia untuk didaftarkan tetapi akan bertindak menyita seluruh harta mahu pun premis yang digunakan oleh kumpulan tersebut untuk aktiviti keagamaan ajaran itu.

Sementara itu, Ahmad Zahid memberi jaminan kementerian berkenaan akan meneruskan Op Cantas Khas sehingga semua kongsi gelap di negara ini dihapuskan, selain turut melaksanakan operasi-operasi lain bagi membanteras kegiatan jenayah.

Beliau juga mengulangi ketegasan untuk tidak berkompromi dengan mana-mana syarikat keselamatan yang mengambil pekerja asing tanpa izin sebagai pengawal keselamatan dan akan memburu pihak berkenaan selagi diberi tanggungjawab sebagai Menteri Dalam Negeri.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.