saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 08/12/2013

'Wujudkan Bank Wanita'

SHAHRIZAT Abdul Jalil menyampaikan ucapan penggulungan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2013 di PWTC, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 7 Dis. - Pergerakan Wanita UMNO mencadangkan supaya Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dinaik taraf menjadi Bank Amanah Ikhtiar Malaysia atau Bank Wanita bagi mengupayakan golongan tersebut dalam bidang ekonomi.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, walaupun cadangan itu pernah dikemukakan sejak sedekad lalu, Wanita UMNO tetap berusaha untuk memastikannya menjadi realiti.

"Ini kerana 99 peratus peminjam AIM adalah wanita, kerana wanita yang berniaga, suka tidak suka, rasa lebih selesa berada dalam iklim yang lebih selesa dengan wanita," katanya ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Beliau berharap Kementerian Kewangan akan membuat kaji selidik dan meneliti cadangan itu supaya usaha memperkasakan golongan wanita dalam bidang keusahawanan dapat dilaksana dengan lebih rancak.

Menurutnya, Bank Wanita menjadi satu fenomena apabila di sesetengah negara, pelaksanaannya tidak begitu terkesan tetapi di negara lain pula, langkah itu menjadi satu inisiatif yang begitu berjaya.

Shahrizat berkata, dasar Barisan Nasional (BN) untuk mengupayakan wanita adalah satu langkah yang amat bijak memandangkan pengundi golongan itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 berjumlah 6.6 juta dan daripada jumlah itu, seramai 191,947 ialah pengundi baharu.

Dalam pada itu, Shahrizat berkata, pengisytiharan Wanita UMNO sebagai tulang belakang parti merupakan hasil perjuangan pergerakan itu selama 66 tahun dalam usaha mengangkat martabat dan maruah wanita Malaysia tidak kira agama dan kaum.

"Pada 5 Disember 2013, akhirnya kami Wanita UMNO dapat pengiktirafan ini dan saya percaya Datuk Seri (Najib) sebagai Chess Grandmaster tidak akan isytihar secara melulu. Sudah pasti beliau mengambil kira sama ada Wanita UMNO layak menjadi tulang belakang untuk parti terbesar di seantero dunia, khususnya untuk orang Islam," katanya.

Menurutnya, Wanita UMNO akan memikul amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin dengan membawa beberapa perubahan selain berusaha memantapkan jentera PRU iaitu dengan menentukan pergerakan itu menjadi jentera politik dalam UMNO.

Tegasnya, Wanita UMNO tidak rela membiarkan pihak pembangkang mematahkan semangat semua ahli UMNO dengan berharap semua pemimpin tidak tunduk kepada pihak berkenaan.

"Kenapa kita kena ikut tarian mereka? Sebenarnya, kita yang kena catur pembangunan politik di Malaysia. Dengan suntikan semangat baharu selaku tulang belakang, percayalah kami akan jadi benteng utama membantu semua membawa kepada pembangunan agama, bangsa dan negara," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.