saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 08/12/2013

Swasta diminta henti diskriminasi bumiputera

KHAIRY JAMALUDDIN KETUA PEMUDA UMNO

KUALA LUMPUR 7 Dis. - Kerajaan diminta mengambil tindakan menghentikan amalan diskriminasi yang dihadapi golongan muda bumiputera dalam sektor swasta.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, terdapat kajian menunjukkan amalan itu dilakukan oleh syarikat-syarikat milik bukan bumiputera di negara ini.

"Kajian itu menunjukkan mereka menerima gaji yang tidak setimpal dengan kelayakan yang dimiliki,'' katanya ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Selain itu, Khairy juga meminta kerajaan menangani pelbagai isu lain yang menjadi kebimbangan golongan muda seperti peningkatan kos sara hidup, perumahan serta ketirisan, pembaziran dan rasuah melibatkan agensi-agensi kerajaan.

Dalam ucapan penggulungan itu, beliau turut menyarankan semua agensi kerajaan menangguhkan sementara kutipan pelbagai bentuk bayaran termasuk pinjaman serta cukai daripada mangsa-mangsa banjir di Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor.

Menurut beliau, langkah itu boleh membantu meringankan beban yang terpaksa ditanggung mangsa-mangsa banjir terbabit.

Beliau turut memuji keprihatinan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menangguhkan kutipan bayaran balik pinjaman Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) serta Malayan Banking Bhd. (Maybank) yang melakukan perkara serupa terhadap para peminjam.

"Kita tahu penderitaan mangsa-mangsa banjir bukan setakat hari ini tetapi apabila banjir surut, mereka terpaksa berdepan dengan kerosakan harta dan sebagainya," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:10
Zohor 1:30
Asar 4:47
Maghrib 7:29
Isyak 8:39



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.