saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 08/12/2013

Syor umur 18-35 automatik ahli Puteri

MAS Ermieyati Samsudin menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 di PWTC, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 7 Dis. - Puteri UMNO mencadangkan supaya golongan wanita berumur antara 18 dan 35 tahun yang mendaftar sebagai ahli diserapkan secara automatik sebagai ahli pergerakan itu.

Ketuanya, Mas Ermieyati Samsudin berkata, kaedah itu antara usaha yang boleh dilakukan bagi memastikan sasaran ahli pergerakan itu seramai 500,000 orang berjaya dicapai.

Selain itu, menurutnya, penambahan ahli Puteri juga boleh dicapai dengan sokongan Pergerakan Wanita dan Pemuda di samping penubuhan sayap Puteri di setiap cawangan dan bahagian.

"Apabila ramai yang menyertai Puteri, maka akan menjadikan Puteri trendy dalam kalangan wanita muda, maknanya akan sampai satu tahap jika wanita muda tidak menyertai Puteri mereka boleh dianggap ketinggalan.

"Sebab itu, kita menubuhkan Biro Sahabat Puteri untuk mendapatkan sokongan orang muda dalam kalangan profesional, pelajar dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang disatukan di bawah satu bumbung supaya graf sokongan terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN) meningkat," katanya ketika menggulung perbahasan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mas Ermieyati berkata, pergerakan itu akan memastikan penyertaan golongan muda dalam parti tidak akan disia-siakan, malah diperkasakan dengan latihan dan pengkaderan selari dengan tuntutan politik alaf baharu.

Katanya, berbeza dengan pakatan pembangkang, golongan muda digunakan untuk tujuan keburukan seperti demonstrasi jalanan.

"Kami gembira tahun ini Puteri diberi peluang bersama anak muda dan wakil mahasiswa, sekali gus menolak dakwaan bahawa parti ini bukan eksklusif tetapi inklusif,'' katanya.

Sementara itu, ketika ditemui selepas tamat perhimpunan agung kali ini, beliau amat berpuas hati dengan kelancaran perhimpunan apatah lagi yang pertama baginya sebagai ketua pergerakan berkenaan.

Pergerakan Puteri bertekad membantu golongan muda bagi memastikan usaha parti melaksanakan pengkaderan berjaya mencapai matlamatnya.

"Kita lihat penglibatan orang muda dalam pengkaderan ini amat perlu untuk membentuk kepemimpinan muda dalam parti bagi bersaing dengan pemimpin di pihak pembangkang. Ini untuk mendapatkan kembali keyakinan rakyat,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.