saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 08/12/2013

Jangan melatah slogan 1Melayu

KUALA LUMPUR 7 Dis. - Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong tidak perlu melatah dengan kenyataan Datuk Musa Sheikh Fadzir berhubung slogan 'Salam 1Melayu' tanpa membuat penilaian terperinci keseluruhan konteks ucapan itu yang dibuat pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 semalam.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, saranan 1Melayu tersebut bukannya mahu menggantikan konsep 1Malaysia tetapi hanya untuk memberi mesej kepada penyatuan orang Melayu yang merupakan penduduk majoriti negara ini.

Menurut Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang itu, ucapan berkenaan disebut bersandarkan semangat untuk mempertahankan kepentingan orang Melayu, kemahuan politik orang Melayu di samping mengetengahkan saranan akar umbi yang selama ini diangkat ke peringkat tertinggi UMNO.

''Musa bercakap dalam konteks itu, tidak pernah minta menggantikan 1Malaysia tetapi bercakap dalam erti keluarga besar UMNO yang terdiri daripada orang Melayu, apa salahnya?

''Parti Gerakan jangan terikut-terikut dan menjadi mangsa politik musuh kita, gunakanlah kebijaksanaan dan jangan buat penilaian tanpa melihat keseluruhan konteks ucapan sebelum mahu berbicara," katanya kepada Mingguan Malaysia pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Semalam, Tong Keong dengan keras mahu Musa meminta maaf dan menarik balik saranannya supaya Salam 1Melayu menggantikan Salam 1Malaysia.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kepala Batas itu berkata, ucapan 1Melayu itu jauh sekali bersifat rasis, apatah lagi mahu menghina kaum lain atau parti komponen lain yang bukan berasas kepada Melayu.

''Kenapa mahu melatah dengan ucapan ini sedangkan banyak insiden lain yang berlaku di Pulau Pinang, tidak ada rakan-rakan daripada parti komponen tampil ke hadapan seperti kakitangan awam disebut kucing kurap yang jauh lagi teruk," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.