saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 08/12/2013

Badan khas nilai pelajar bumiputera cemerlang

KUALA LUMPUR 7 Dis. - Satu badan khusus perlu ditubuhkan di setiap institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta bagi melakukan penilaian seragam dengan matlamat melahirkan lebih ramai pelajar bumiputera yang cemerlang.

Wakil Pahang, Ahmad Nazlan Idris berkata, jumlah peratusan pelajar cemerlang bumiputera perlu ditingkatkan selaras dengan komposisi masyarakat bumiputera sebanyak 67.9 peratus di negara ini.

"Kalau kita boleh berbincang mengapa syarikat milik kerajaan (GLC) tidak menyokong agenda bumiputera, hari ini kita mahu semua Naib Canselor universiti yang rata-ratanya orang Melayu memainkan peranan melahirkan pelajar cemerlang Melayu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul agama dan pendidikan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Menurut Ahmad Nazlan, pelajar bumiputera cemerlang di IPT perlu dipertingkatkan kerana hanya 5,453 pelajar bumiputera atau 23.6 peratus daripada keseluruhan 19,731 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ditukarkan biasiswa selepas mendapat keputusan cemerlang kelas pertama.

"Kaum Cina menunjukkan jumlah teramai dalam penukaran kepada biasiswa iaitu sebanyak 13,279 orang mewakili 67.3 peratus, mengikut kiraan wang pula RM409.97 juta diperoleh pelajar Cina berbanding pelajar Melayu hanya RM104 juta.

"Kenapa hal ini berlaku, siapa patut dipersalahkan, adakah anak Melayu tidak berminat atau mereka tidak tahu atau buat-buat tidak tahu atau memang tidak mahu ambil tahu atau mereka terdiri daripada yang tidak tahu-menahu," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.