saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 08/12/2013

Iktiraf kerjaya agama profesional

KUALA LUMPUR 7 Dis. - Kerajaan diminta mengiktiraf bidang agama sebagai kerjaya profesional dan kritikal bagi menarik lebih ramai golongan muda dan mendekatkan cerdik pandai Islam kepada UMNO.

Wakil Mahasiswa Nasional, Ahmad Syahir Shafie berkata, bidang agama misalnya fiqah, tahfiz dan hadis perlu ditakrifkan sebagai bidang kritikal dan profesional.

Beliau juga mencadangkan kerajaan supaya memperluaskan konsep tahfiz di negara ini dengan mewujudkan lebih banyak sekolah seumpama itu di peringkat prasekolah dan sekolah rendah sebagai persediaan melahirkan golongan profesional dan pakar dalam bidang agama.

"Malaysia sebagai sebuah negara Islam seharusnya mencontohi Mesir dalam memberikan pendidikan holistik kepada kanak-kanak dengan meletakkan pendidikan agama Islam dan tahfiz sebagai pendidikan utama.

"Permintaan terhadap sekolah tahfiz di negara ini meningkat, namun rata-ratanya didirikan oleh pihak swasta,'' katanya ketika membahaskan usul agama dan pendidikan pada Perhimpunan Agung UMNO 2013, di sini hari ini.

Ahmad Syahir turut menempelak pelajar Malaysia yang menyertai demonstrasi Bersih 2.0 di Mesir apabila mereka yang pada awalnya bertegas enggan pulang ke tanah air kerana mahu berjihad tetapi akhirnya menyertai kumpulan pertama yang dibawa pulang ke tanah air.

"Bagaimanapun selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan akan membawa pulang pelajar Malaysia, golongan inilah kumpulan paling awal pulang dengan tiket penerbangan yang ditanggung oleh kerajaan Barisan Nasional (BN)," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.