saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 08/12/2013

Tambah sekolah menengah kebangsaan agama di Kelantan

KUALA LUMPUR 7 Dis. - Kementerian Pendidikan diminta membina lebih banyak sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA) di Kelantan berikutan peningkatan permohonan yang diterima setiap tahun.

Wakil UMNO Kelantan, Ahmad Termizi Musa berkata, kini terdapat enam SMKA di seluruh Kelantan yang hanya mampu menampung kemasukan 1,210 pelajar baharu setiap tahun.

Sedangkan permohonan yang diterima, kata beliau, melebihi 5,000 orang dan keadaan itu menyebabkan ramai ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah agama kelolaan kerajaan Pas Kelantan.

"Apa yang lebih membimbangkan pelajar di sekolah agama itu dididik dan diasuh dalam acuan Pas, ditanam dengan pelbagai sikap yang membawa kepada keuntungan terhadap politik sehingga menyaksikan mereka terus kekal memerintah selama lebih 23 tahun," katanya.

"Sebab itu, UMNO Kelantan mencadangkan Kementerian Pendidikan memperbanyakkan SMKA di seluruh Kelantan sekurang-kurangnya sebuah di setiap Parlimen," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul agama dan pendidikan pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.