saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 08/12/2013

Tubuh fakulti pengajian Islam UMS

KUALA LUMPUR 7 Dis. - Kerajaan diminta menubuhkan fakulti pengajian Islam di Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi memperkasakan dakwah Islamiah di negeri itu.

Perwakilan UMNO Sabah, Datuk Mohd. Arifin Mohd. Arif berkata, menerusi usaha tersebut, lebih ramai pendakwah dari negeri itu sendiri dapat dilahirkan yang mempunyai kelebihan dalam memahami budaya serta bahasa penduduk tempatan.

Katanya, ini sekali gus dapat memperluaskan usaha yang dilakukan pendakwah dari Semenanjung selama ini tanpa lagi terhad di tempat tertentu seperti sekolah.

"Kalau berdakwah melibatkan rumah dan sekolah semata-mata, sukar untuk memahami bahasa sukuan di Sabah. Habis-habis, hanya tahu perkataan 'bah' sahaja.

"Justeru saya mencadangkan supaya kerajaan dapat merealisasikan penubuhan fakulti pengajian Islam di UMS bagi melahirkan lebih ramai pendakwah di Sabah selain memahami budaya serta bahasa sukuan yang terdapat di negeri itu," katanya ketika membahaskan usul agama dan sosial pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 di sini hari ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:58
Zohor 1:21
Asar 4:21
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.