saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 08/12/2013

Lulusan agama bukan kelas kedua

KUALA LUMPUR 7 Dis. - Kerajaan dan UMNO diminta tidak menyisih dan memandang siswazah lulusan agama sebagai kelas 'kedua' supaya mereka lebih tertarik mendekati dan menyokong parti terbesar Melayu itu.

Wakil Perak, Mohd. Nizar Zakaria berkata, kerajaan perlu memberi lebih banyak peluang untuk menggerakkan peranan mereka supaya tidak memberi ruang kepada pembangkang 'menawan' golongan tersebut.

"Jangan sisihkan mereka dan memandang sebagai graduan kelas kedua tetapi perlu mendekati golongan agama ini," katanya ketika membahaskan usul agama dan pendidikan pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Dalam usaha untuk memantapkan profesion perguruan selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), beliau meminta kerajaan menilai semula pelaksanaan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) agar tidak menjadi gangguan atau tekanan kepada tugas guru.

Menurutnya, kelemahan sistem itu dikhuatiri menjadi punca kemarahan dan rasa tidak puas hati golongan guru kepada kerajaan yang akhirnya api kemarahan itu ditujukan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

"Hasrat Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjadikan pendidikan Islam sebagai pelajaran sepanjang hayat adalah baik, namun pengisian kurikulumnya perlu diperkemas selari dengan perkembangan semasa tanpa terpesong dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah berdasarkan nilai kehidupan Islam yang sebenar," katanya.

"Guru perlu diperkasa dan dimantapkan mengikut kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan kehendak masyarakat masa kini selari dengan kepentingan agama, bangsa dan negara," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:13
Asar 4:31
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.