saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 08/12/2013

Lima cabaran dihadapi umat Islam

KUALA LUMPUR 7 Dis. - UMNO Johor menggariskan lima cabaran yang sedang dihadapi umat Islam dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mendepaninya.

Wakilnya, Abd. Mutalip Abd. Rahim berkata, cabaran tersebut ialah penyelewengan agama melibatkan kecelaruan akidah dan tauhid seperti menularnya fahaman Syiah, Islam liberal termasuk pengaruh lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), ajaran sesat serta khurafat.

Katanya, antara langkah penyelesaian masalah itu ialah memberikan penerangan secara profesional tentang akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah selain penjelasan tentang kebatilan dan kesesatan kepercayaan yang bertentangan fahaman itu seperti Syiah dan tuntutan Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango), liberalisme serta pluralisme.

Di samping itu, kerja-kerja dakwah sehingga ke peringkat akar umbi menerusi media cetak dan elektronik secara profesional serta bersistematik perlu diperhebatkan selain menubuhkan Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Selain itu, undang-undang perlu dikuatkuasa dengan tegas dan berani ke atas pihak yang menghina Islam, mereka yang mempersoalkan kedudukan Islam seperti kalimah Allah dan menghina fatwa serta institusi Islam lain," katanya ketika membahaskan usul agama dan pendidikan pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.