saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 08/12/2013

5 perkara perkasakan sistem pendidikan

KUALA LUMPUR 7 Dis. - Pemuda UMNO menggariskan lima perkara penting yang perlu diberi penekanan oleh kerajaan dalam usaha membina sistem pendidikan terbaik selain memastikan semua dasar terutamanya Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dilaksana dengan jayanya.

Wakil Pemuda UMNO, Armizan Mohd. Ali ketika membahaskan usul agama dan pendidikan berkata, lima perkara itu termasuk memperkasakan sekolah kebangsaan dalam usaha mewujudkan perpaduan nasional dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Lima perkara yang dicadang diberi penekanan adalah:

* Menggesa kerajaan memasukkan secara tersurat strategi memperkasa sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan semua rakyat tanpa meminggirkan sekolah aliran lain sedia ada.

* Berharap kerajaan dapat menyelesai isu yang membelenggu guru dan profesion itu dengan mengurangkan kerenah birokrasi bagi mengelak guru semakin jauh dari kerajaan.

* Meminta komitmen dan penegasan kepimpinan untuk memperkasakan latihan vokasional dan teknikal dilaksanakan dengan menyeluruh.

* Menyarankan kerajaan memikirkan kesan jangka panjang terhadap modal insan ekoran keputusan membuka peluang kepada anak tempatan belajar di sekolah antarabangsa.

* Mencadangkan kerajaan mempertimbangkan pendidikan tahfiz dimasukkan ke dalam pendidikan arus perdana.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.