saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 09/12/2013

Slogan Salam 1Melayu tidak salah

KUALA LUMPUR 8 Dis. - Slogan 'Salam 1Melayu' dilihat tidak bercanggah dengan konsep 1Malaysia memandangkan kenyataan itu dibuat semasa Perhimpunan Agung UMNO 2013 yang membincangkan soal parti.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, sudah menjadi kebiasaan kepada mana-mana parti politik untuk bercakap bagi menaikkan semangat dalam mempertahankan kepentingan serta kemahuan politik orang Melayu yang kini diterajui UMNO.

Tegas beliau, tidak ada apa yang hendak diperbesarkan tentang slogan itu kerana perkara itu dibuat semasa UMNO sebagai sebuah parti Melayu terbesar sedang bersidang.

"Dalam persidangan parti lain seperti MCA dan MIC sendiri akan bercakap macam-macam termasuk kerajaan tidak adil tetapi kita diam sahaja.

"Tetapi malangnya, apabila orang Melayu dari UMNO bercakap, orang akan besar-besarkan. Ini tidak betul sebab apa yang dikatakan itu dalam konteks parti. Kita lihat nanti masa MCA pula bersidang tidak lama lagi," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan 'Program Karnival Kembali ke Sekolah dan Majlis Upacara Pecah Tanah Tapak Pejabat UMNO Bahagian Batu di sini hari ini.

Sebelum ini, wakil dari Pulau Pinang yang juga Ketua UMNO Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir tampil meminta perwakilan lain untuk menukar slogan Salam 1Malaysia kepada Salam 1Melayu pada Perhimpunan Agung UMNO 2013.

Sementara itu, Tengku Adnan menyifatkan tuduhan pihak pembangkang kononnya UMNO tidak prihatin dengan bencana yang berlaku di beberapa buah negeri dilihat sebagai pembohongan besar.

Jelasnya, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri segera meninggalkan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) selepas berucap merasmikan Perhimpunan Agung UMNO untuk melawat keadaan di Pahang dan begitu juga Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melawat Terengganu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zuhur 1:11
Asar 4:33
Maghrib 7:07
Isyak 8:22



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.