saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 09/12/2013

Pelaksanaan model Ulul Albab tekankan aspek duniawi, akhirat

KUALA LUMPUR 8 Dis. - Pelaksanaan model pendidikan Islam Ulul Albab akan melahirkan generasi yang bukan hanya mempunyai kekuatan agama malah mampu menjana produktiviti ke arah negara maju dalam pelbagai bidang.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara itu berikutan prinsip yang ditekankan dalam Ulul Albab berhubung kait dengan aspek 'fikir' dan 'zikir'.

Menurutnya, aspek 'fikir' dalam Islam menggarap nilai keilmuan bersifat duniawi yang menjurus kepada kefahaman yang menggalakkan masyarakat menguasai ilmu dalam usaha membina sebuah tamadun tinggi.

"Sementara itu, aspek 'zikir' pula melibatkan aspek ketuhanan yang membina keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.

"Apabila fikir dan zikir digabungkan akan membentuk integrasi antara aspek duniawi dan akhirat yang menjadi teras dalam kehidupan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan UMNO 2013 menjelaskan, pelaksanaan model pendidikan Islam Ulul Albab akan diperluas ke seluruh negara mulai tahun depan.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri memberitahu, buat masa ini, empat buah sekolah agama bantuan kerajaan di Terengganu telah menggunakan model tersebut.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, model pendidikan Islam Ulul Albab merupakan dasar yang bertepatan dengan prinsip Islam kerana menekankan kepentingan pendidikan dari awal hingga ke akhir hayat.

"Saya tidak pernah melihat mana-mana negara yang mempunyai dasar sedemikian. Saya fikir model tersebut perlu diberikan penekanan dan dorongan sebagaimana Malaysia menjadi negara pertama yang menegaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Malah, kita merupakan negara pertama memperkenalkan pendidikan Islam sepanjang hayat. Usaha ini sangat mustahak kerana dapat melahirkan generasi yang dekat dengan ilmu bagi membina sebuah tamadun dan bangsa gemilang," katanya.

Walau bagaimanapun, tambah beliau, konsep dan model itu perlu diperhalusi supaya dasar tersebut bersifat dinamik dan bukan hanya sekadar bercirikan tradisional.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:59
Zohor 1:21
Asar 4:22
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.