saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 09/12/2013

Najib garis tiga intipati penting - Jainab

KUALA LUMPUR 8 Dis. - Ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak pada sesi penggulungan perbahasan Perhimpunan Agung UMNO semalam mempunyai tiga intipati penting menyentuh aspek pembelaan Islam, ekonomi dan juga transformasi kepada parti yang perlu diberi perhatian serius oleh ahli parti.

Exco Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata, dari sudut agama, Presiden UMNO dengan tegas menekankan kepada ahli parti supaya tidak segan-s ilu mempertahankan Islam pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti mana yang dilakukan parti selama ini.

Katanya, pada masa sama, perjuangan UMNO dalam konteks ini tetap berlandaskan Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak untuk penganut agama lain mengamalkan ajaran mereka dengan bebas walaupun Islam agama rasmi negara.

''Kedua, dari sudut ekonomi yang mana pengundi luar bandar dan pinggir bandar masih mengharapkan pembelaan ekonomi daripada UMNO. Ini yang kita harus pegang malah kita tidak perlu segan membantu bumiputera seperti mana dalam Perlembagaan apatah lagi kita membela kaum majoriti yang memerlukan pembelaan.

''Betul, banyak negara luar menyebut minoriti yang memerlukan pembelaan tetapi di negara kita sebaliknya kerana bumiputera masih memerlukan pembelaan. Jadi apa yang kita lakukan ini adalah tepat," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Sementara itu, Jainab yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Sepanggar berkata, intipati ketiga yang digariskan Najib ialah transformasi dalam parti yang mampu menjadikan UMNO sebuah parti yang sentiasa sesuai dengan apa juga keadaan.

''Kalau kita sebut transformasi, selain soal pemilihan, satunya ialah menjadikan Wanita UMNO sebagai tulang belakang. Selain itu, usaha kerajaan yang berterusan membantu golongan wanita termasuk dalam bidang keusahawanan ternyata mampu meningkatkan taraf kehidupan keluarga dan masyarakat.

''Dalam konteks Sabah dan Sarawak pula, Perdana Menteri jelas menghargai sumbangan dua negeri ini yang boleh dilihat menerusi pelbagai peruntukan seperti dalam Bajet 2014 sekali gus menyanggah dakwaan pembangkang," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:59
Zohor 1:21
Asar 4:22
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.