saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 09/12/2013

Cadang beri ganjaran jika lepasi KPI

KUALA LUMPUR 8 Dis. - Sistem ganjaran boleh diperkenal bagi menggalakkan ahli-ahli UMNO berusaha lebih gigih dalam menjayakan proses transformasi parti.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, buat permulaan, ganjaran diberi kepada cawangan-cawangan UMNO yang melepasi petunjuk prestasi utama (KPI) khususnya dari segi kekerapan menganjurkan mesyuarat dan pendaftaran ahli serta pengundi baharu.

Menurut beliau, langkah itu bukan sahaja membantu menaikkan semangat ahli-ahli di peringkat akar umbi malah berupaya menyumbang kepada pengupayaan UMNO cawangan.

"Antara bentuk ganjaran yang boleh dipertimbangkan adalah penyaluran peruntukan yang seterusnya digunakan untuk membeli aset seperti kanopi, kerusi, meja, kenderaan dan pakaian.

"Selain untuk kegunaan sendiri, UMNO cawangan juga boleh menyewakan sebahagian aset-aset berkenaan kepada penduduk setempat bagi menjana pendapatan tambahan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Puad mengulas berhubung kaedah yang boleh digunakan bagi memastikan ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi turut menyumbang untuk menjayakan tiga mesej yang ditekankan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan penggulungannya pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 semalam.

Tiga mesej yang digariskan Najib itu termasuk komitmen UMNO meninggikan syiar dan syariat Islam serta mempertahankan kemuliaan dan kesuciannya, memperkasa agenda ekonomi bumiputera dan mengubah sikap ahli-ahli parti.

Sementara itu, Ahli MT UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, pemantauan menerusi KPI dilihat berkesan bagi memastikan pemimpin-pemimpin UMNO di setiap peringkat menyumbang secara proaktif untuk memperkuat dan memantapkan parti.

"Namun, kita tidak boleh gunakan KPI yang sama untuk semua negeri, bahagian dan cawangan. Pendekatan yang kita gunakan di setiap kawasan seharusnya berbeza," katanya.

Beliau menambah, selain ahli-ahli UMNO, seruan Najib juga mesti diberi perhatian serius pengurusan tertinggi syarikat milik kerajaan (GLC) kerana mereka tidak sepatutnya lupa tentang tanggungjawab membantu orang Melayu dan bumiputera.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:13
Asar 4:31
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.