saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 09/12/2013

Bank Wanita mampu jana kecemerlangan usahawan

KUALA LUMPUR 8 Dis. - Usaha menaik taraf Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menjadi Bank Wanita diyakini mampu mendorong golongan wanita lebih berdaya saing dalam bidang ekonomi.

Yang Dipertua Pertubuhan Tindakan Wanita Islam, Tan Sri Dr. Rafiah Salim berkata, usaha itu juga mampu memberi perhatian secara khusus terhadap hal ehwal golongan tersebut daripada segi pembangunan ekonomi.

"Saya menyokong cadangan tersebut kerana hampir 90 peratus peminjam AIM terdiri dalam kalangan wanita dan jika diiktiraf sebagai Bank Wanita secara langsung akan memberi fokus yang lebih padu dalam meningkatkan keupayaan golongan tersebut dari segi perniagaan dan keusahawanan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mencadangkan supaya AIM dinaik taraf menjadi Bank Wanita bagi mengupayakan golongan tersebut dalam bidang ekonomi ketika berucap menggulung perbahasan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2013 semalam.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Rangkaian Usahawan Wanita Malaysia (WENA), Nuraizah Shamsul Baharin berkata, cadangan tersebut dapat membantu golongan wanita yang ingin berkecimpung dalam dunia perniagaan sejajar dengan kemajuan teknologi yang semakin berkembang pesat.

Selain itu, tambah beliau, Bank Wanita juga akan membuka banyak peluang kepada golongan wanita memulakan perniagaan.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua, Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO), Datuk Faridah Khalid mencadangkan kajian semula dilakukan terhadap dasar pelaksanaan dalam usaha memperkasa ekonomi wanita agar mencapai matlamat yang disasarkan iaitu memperbanyakkan penglibatan golongan wanita dalam perniagaan.

"Memang sebelum ini sudah ada institusi perbankan yang mewujudkan program keusahawanan kepada golongan wanita, namun ia belum cukup kukuh untuk memperkasakan golongan tersebut dalam ekonomi," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:18
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.