saya nak baca ..

UMNO 2013


ARKIB : 02/10/2013

Irwan Ambak tidak gentar persaingan rebut Ketua Pemuda

KUALA LUMPUR 1 Okt. - "Saya tidak rasa gerun," kata Irwan Ambak Khalid Izhar ketika ditanya penglibatannya dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dalam pemilihan sayap itu, 12 Oktober ini.

Mungkin Ketua Pemuda UMNO Cawangan Bukit Setiawangsa itu cuba meningkatkan tahap keyakinannya untuk berdepan dengan Khairy Jamaluddin yang mempertahankan jawatan tertinggi sayap tersebut.

Lebih menarik lagi, beliau yang juga anak saudara bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, sekali gus mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Khairy juga.

Irwan Ambak, 37, ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini turut mengesahkan beliau bertanding di atas kapasitinya sendiri, bukan sebagai proksi Khairy seperti yang didakwa pihak tertentu.

"Saya bertanding bukan kerana mengejar jawatan atau mahu melawan Khairy. Saya ada agenda nasional yang ingin diketengahkan," jelasnya.

Ketika ditanya tentang agenda nasional itu, beliau berkata, maklumat terperinci dipaparkan menerusi blognya di http://irwanambak.blogspot.com.

Merujuk kepada blog tersebut, Irwan Ambak akan berusaha untuk memberi khidmat sewajarnya dari segi menyusun pelan dan mengadakan program tindakan bermanfaat kepada seluruh rakyat dalam menempuh ujian yang bakal dihadapi negara berikutan perkembangan sosioekonomi sedunia serba mencabar.

Walaupun kurang dikenali di peringkat nasional, beliau yakin mampu meraih sokongan daripada akar umbi sayap Pemuda.

"Saya menerima maklum balas positif daripada mereka berhubung hasrat bertanding jawatan Ketua Pemuda," ujarnya.

Irwan Ambak yang berkelulusan Sarjana Muda Ekonomi dari London School of Economics yakin mampu memimpin dengan baik, hasil latar belakang dan pengalaman profesional yang dimilikinya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:59
Zohor 1:21
Asar 4:22
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.