saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 25/07/2012

1,284 kadet terima tauliah

SEBAHAGIAN pegawai kadet yang menerima watikah pada majlis Istiadat Pentauliahan Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) IPTA ke-31 di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah, baru-baru ini. - UTUSAN/KAMAL BASIR

KUBANG PASU 24 Julai - Seramai 1,284 pegawai kadet dari 16 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara menerima watikah pentauliahan pada majlis Istiadat Pentauliahan Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) IPTA ke-31 di Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini.

Pengurniaan watikah pentauliahan itu disempurnakan Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Temenggong Kedah, Datuk Seri Diraja Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah selepas menyaksikan Istiadat Perbarisan Pentauliahan di Padang Kawad UUM, di sini.

Dalam upacara itu, seramai 600 pegawai kadet lelaki dan 684 pegawai kadet wanita berjaya mendapat watikah tersebut dengan 26 orang daripada mereka dipilih sebagai pegawai kadet terbaik.

Bagi seorang penerima anugerah pegawai kadet terbaik, Noor Ummul Fharhani Zaini, 23, dia bersyukur kerana penglibatannya dalam dunia ketenteraan berjaya menyemai sifat kepimpinan dalam dirinya.

Pelajar tahun ketiga Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi UUM itu memberitahu, anugerah yang diterimanya juga membuatkan ibunya membenarkannya meneruskan cita-cita menjadi anggota tentera.

"Pada mulanya ibu saya kurang bersetuju apabila saya memberitahu ingin menyertai Palapes sebab ibu risau saya akan kurang sifat kewanitaan.

"Tetapi apabila saya diumumkan sebagai pegawai kadet terbaik UUM, ibu mula yakin bidang ketenteraan ini sesuai untuk saya sementelah ayah saya merupakan anggota tentera darat," katanya ketika ditemui selepas majlis itu.

Menurut Noor Ummul Fharhani, dia akan cuba memohon menjadi pegawai tetap Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selepas tamat pengajian di UUM.

Seorang lagi penerima anugerah pegawai kadet terbaik dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), Wong Hing Wen, 23, berkata, dia gembira dengan anugerah itu kerana pelbagai cabaran perlu ditempuh setiap pelatih sebelum layak ditauliahkan sebagai pegawai kadet terbaik.

"Bidang ketenteraan ini menjadikan kita kuat dari segi mental dan fizikal, jadi sebarang cabaran yang bakal pelatih hadapi dalam bidang pekerjaan akan menjadi mudah.

"Kami juga diajar cara-cara menangani tekanan dan saya rasa bidang ketenteraan ini baik untuk membentuk jati diri pelajar agar mereka menjadi lebih cemerlang dalam kehidupan," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.