saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 08/08/2012

Sanglang boleh dimajukan

SEBAHAGIAN wakil nelayan bersama Ridzuan Hassan (dua dari kiri) meninjau kawasan yang bakal menjadi pangkalan bot nelayan di Kuala Sanglang, Perlis, baru-baru ini.

ARAU 7 Ogos - Sesiapa sahaja menggunakan laluan Alor Setar-Kangar untuk ke ibu negeri Perlis itu pasti akan melewati Sanglang, sebuah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Arau yang mungkin tidak tergambar keistimewaannya.

Namun, jika singgah seketika untuk meninjau seluruh kawasan berkenaan, sudah tentu pelbagai rahsia alam dan keunikan semulajadinya bakal menggamit pengunjung ke Sanglang.

Apatah lagi dengan pelbagai kemudahan termasuk infrastruktur yang disediakan kerajaan Barisan Nasional (BN), Sanglang merupakan kawasan berpotensi untuk dimajukan, sekali gus menjana ekonomi penduduk setempat dan negeri Perlis.

Sehubungan itu, kebanyakan penduduk yang terdiri daripada petani dan nelayan menaruh keyakinan bahawa Sanglang akan menjadi lebih maju sekiranya kawasan yang kini dikuasai Pas itu kembali menjadi milik BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti.

Ini berdasarkan komitmen diberikan kepada masyarakat kawasan berkenaan walaupun berada di bawah pembangkang apatah lagi jika BN diberi mandat, sudah pasti pelbagai lagi prasarana dan kemudahan untuk manfaat penduduk dapat disediakan.

Antaranya, pembinaan pangkalan nelayan di Tandop Akui bakal memberi manfaat kepada nelayan tempatan yang selama ini terpaksa berkongsi kemudahan itu di pangkalan milik nelayan Kedah.

Pangkalan tersebut penting khususnya untuk menyimpan lebih 150 sampan nelayan kecil tempatan Perlis di samping melipatgandakan pendapatan sama ada dengan tangkapan ikan yang dijangka bertambah atau menerusi usaha sampingan.

Seorang nelayan, Mohd. Shah Ahmad, 50, memberitahu, pembinaan pangkalan tersebut penting supaya nelayan di kawasan berkenaan dapat menjalankan aktiviti dengan lebih teratur kerana selama ini pergerakan agak terbatas kerana menumpang pangkalan nelayan negeri jiran.

"Perancangan pembinaan pangkalan nelayan ini sudah ada, kawasan telah dipilih dan kami percaya ia merupakan projek yang memberi banyak manfaat dan nelayan boleh menjadikannya tempat menyimpan sampan selain pusat aktiviti sampingan seperti perniagaan yang boleh diceburi oleh keluarga nelayan dan penduduk setempat," katanya.

Yaacob Endut, 63, berkata, menerusi pangkalan tersebut, ia boleh menjadi daya tarikan kepada penduduk luar termasuk pelancong untuk mengunjungi Sanglang.

"Di tepi pengkalan sudah pasti boleh didirikan gerai menjual ikan atau produk berasaskan hasil laut, malah nelayan atau keluarga boleh menjalankan perniagaan pusat makanan laut yang pasti menarik penduduk luar untuk berkunjung ke pangkalan ini bagi membeli hasil tangkapan laut," ujarnya.

Rakannya, Md. Yusof Khamis, 63, berkata, kawasan yang bakal dibina pangkalan tersebut berada pada kedudukan cukup strategik kerana kedudukan berhampiran laut memudahkan pergerakan nelayan untuk keluar menangkap ikan.

"Malah pengunjung khususnya pembeli hasil laut juga mudah untuk sampai kerana ia mempunyai jalan yang baik selain berdekatan pekan Kuala Sanglang," katanya.

Bagi Hanafiah Meh, 64, dengan mempunyai pangkalan, ia boleh memberi kelebihan kepada nelayan untuk mempelbagaikan punca pendapatan seperti menyewakan sampan mereka kepada kaki pancing yang secara tidak langsung membantu menaikkan imej Sanglang.

"Di sebelah kawasan pangkalan ini terdapat hutan bakau yang bakal menjadi tarikan pengunjung sama ada untuk melihat habitat atau membuat kajian tumbuhan atau hidupan," katanya.

Penyelaras DUN Sanglang, Ridzuan Hassan menjelaskan, banyak kelebihan atau keistimewaan kawasan berkenaan yang boleh menjadi antara tempat menarik untuk dikunjungi ramai termasuk pelancong.

Selain laut dan perkampungan nelayan, kata beliau, kawasan sawah padi dan hutan bakau antara tempat menarik untuk dikunjungi menerusi perancangan yang telah dibuat oleh BN sekiranya diberi mandat dalam pilihan raya nanti.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.