saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 11/08/2012

UUM lantik tiga Profesor Adjung

KUBANG PASU 10 Ogos - Universiti Utara Malaysia (UUM) melantik Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) dan dua bekas mufti sebagai Profesor Adjung bagi memajukan lagi Pusat Islam universiti itu.

Pengarah Pusat Islamnya, Prof. Madya Dr. Ismail Ishak berkata, dua bekas mufti yang dilantik ialah bekas Mufti Kedah, Datuk Syeikh Hassbullah Abd. Halim dan bekas Mufti Perlis, Datuk Mat Jahya Hussin.

Katanya, ketiga-tiga tokoh agama itu akan menjadi penasihat dan perunding dalam hal ehwal Islam universiti serta merancang dan menguruskan Pusat Islam UUM.

"Pemilihan ketiga-tiga tokoh agama ini adalah disebabkan kekuatan dan kepakaran masing-masing, khususnya penonjolan di arena tempatan dan antarabangsa," katanya pada majlis berbuka puasa peringkat UUM di Masjid Sultan Badlishah UUM di sini semalam.

Pada majlis itu, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah menyempurnakan penyampaian watikah pelantikan Profesor Adjung kepada tiga tokoh agama tersebut.

Menurutnya, Harussani mempunyai hubungan rapat dengan Kerajaan Persekutuan dan ia secara tidak langsung dapat membantu UUM dalam menjalinkan kerjasama berkaitan hal ehwal Islam.

"Hubungan baik Mat Jahya dengan Arab Saudi akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk bekerjasama dengan universiti-universiti di negara Asia Barat.

"Syeikh Hassbullah pula mempunyai hubungan baik dengan kerajaan negeri dan Jabatan Agama Islam Kedah dan ia akan memudahkan kita berurusan dengan mereka kelak.

"Dengan pelantikan ketiga-tiga tokoh agama ini, telah jelas bahawa Pusat Islam UUM bukan sahaja menumpukan hal ehwal Islam di dalam kampus tetapi juga ke peringkat lebih tinggi dalam dan luar negara," tambahnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:11
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.