UTARA
ARKIB : 17/08/2012
Abdul Rahman Ketua Polis Daerah baru SPU
KEPALA BATAS 16 Ogos - Penolong Pengarah Urus Setia Keselamatan Dalam Negeri, Bukit Aman, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim memulakan tugas sebagai Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) hari ini.
Beliau menggantikan Asisten Komisioner Zulkifli Alias yang berpindah ke Bukit Aman bagi mengisi kekosongan tempatnya itu.
Majlis serah terima tugas itu diadakan di Dewan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPU dan disaksikan oleh Ketua Cawangan Khas Negeri, Datuk Rosly Abas di sini.
Abdul Rahman berkata, beliau berharap pegawai dan anggota bawahan di sini akan bekerjasama sebagai satu pasukan bagi meningkatkan kecekapan polis sekali gus membantu menurunkan kadar jenayah di daerah ini.
"Selain itu, saya juga akan meneruskan program High Profile Policing dengan menggalakkan seluruh anggota terlibat dalam setiap program yang melibatkan komuniti di SPU," katanya selepas majlis Serah Terima Tugas di IPD SPU di sini hari ini
Abdul Rahman, 54, berasal dari Jelutong, Pulau Pinang dan sudah berkhidmat selama 35 tahun.
Sementara itu, Zulkifli yang akan melaporkan diri di Bukit Aman esok berharap semua anggota memberikan kerjasama yang baik kepada Ketua Polis Daerah SPU yang baru.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada anggota kerana sepanjang mengetuai IPD SPU, mereka memberikan kerjasama yang baik sehingga kita berjaya menurunkan kadar jenayah semenjak pelaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
"Saya juga yakin pengganti saya mampu meneruskan usaha tersebut bagi mengembalikan kepercayaan masyarakat terhadap polis," ujarnya.
Tiada jualan lelong rumah
Peluang melihat 'dinosaur' di Kedah
Lima strategi urus dana Baitulmal lebih efektif
Puting beliung: Penduduk masih trauma
Kerajaan DAP P.Pinang didesak utamakan keperluan rakyat
USM kaji bidang Kearifan Tempatan
Perak terus lonjak pelancongan
RM70,000 untuk pembinaan semula surau, madrasah di Kemboja
Nelayan mangsa ribut rayu bantuan
Konvoi motosikal kutip dana untuk bantu Gaza
Wujudkan ekosistem bersepadu
Rakyat perlu manfaatkan prospek Komuniti ASEAN
Perniagaan ikan pekasam menguntungkan
39,574 calon duduki PT3 di Perak
Usahawan digesa dapatkan sijil Mesti
Bina parkir bertingkat di Padang Besar
Warga emas rayu bantuan rumah
RM9 juta bina jambatan baharu
Teman Pili Bomba bantu kurangkan vandalisme
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












