saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 04/11/2012

Naik taraf Lebuh Raya Ipoh-Lumut

KUALA KANGSAR 3 Nov. - Kerajaan negeri meminta Kementerian Kerja Raya menaik taraf Lebuh Raya Ipoh-Lumut supaya keseluruhan laluan tersebut mempunyai laluan berkembar.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, pada masa ini, laluan sepanjang 15 kilometer dari Siputeh ke Jelapang belum mempunyai laluan berkembar dan sering menyebabkan kesesakan.

Katanya, kos menaik taraf laluan itu memerlukan kira-kira RM30 juta dan diharap dapat dimulakan pada suku pertama tahun depan.

"Walaupun keperluan itu belum mendesak sekarang dan tidak menyebabkan kesesakan yang teruk tetapi perancangan awal diperlukan untuk kebaikan pada masa akan datang.

"Hal ini demikian kerana kerajaan negeri merancang membangunkan 'Greater Ipoh' dari Siputeh hingga ke kawasan Tronoh. Kita akan lihat beberapa perancangan besar di kawasan itu yang akan saya umumkan dalam masa terdekat," katanya selepas merasmikan Karnival Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak 2012 di Dewan Jubli Perak di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Zambry memberitahu, pemasangan alat pengesan aliran trafik di semua 34 lampu isyarat sepanjang Lebuh Raya Ipoh-Lumut akan mula dilaksanakan bulan depan selepas peruntukan RM4 juta diluluskan baru-baru ini.

Beliau berkata, pemasangan alat pengesan aliran trafik itu dijangka dapat menjimatkan masa perjalanan dari Ipoh ke Lumut sehingga 30 minit.

Dalam pada itu, Zambry memberitahu, jalan raya di laluan Batu 3 Segari-Pantai Remis juga didapati sempit dan perlu diperbesarkan demi keselesaan pengguna.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.