saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 15/11/2012

Bantah kemusnahan paya bakau

KERJA-KERJA meratakan tanah paya bakau untuk menutup sungai yang didakwa dilakukan oleh sebuah syarikat swasta di kawasan Sungai Dedap, Kota Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah, baru-baru ini.

SUNGAI PETANI 14 Nov. - Lebih 100 nelayan di Kota Kuala Muda, Jalan Pantai Merdeka dekat sini meminta kerajaan negeri mengambil tindakan tegas menghalang sebuah syarikat swasta melakukan kerja-kerja memusnahkan hutan bakau di pesisir Sungai Dedap.

Nelayan terlibat mendakwa, syarikat itu memusnahkan hutan bakau tersebut bagi membina kolam ikan dan udang hingga menjejaskan hidupan laut di kawasan berkenaan.

Seorang nelayan, Khalid Hashim, 45, berkata, mata pencarian nelayan di Kampung Bukit Berangan, Kubang Jambu, Bukit Kechik dan Permatang Tengah di sini mula terjejas ekoran hasil tangkapan yang semakin berkurangan.

Menurutnya, kayu bakau yang dimusnahkan itu terus ditolak ke dalam sungai hingga air sungai menjadi busuk dan warna hitam manakala ikan, ketam dan udang sukar ditemui lagi di kawasan itu.

"Dulu ramai nelayan kerana hasil lumayan, kadang-kadang boleh dapat lebih RM100 sehari tetapi sekarang hanya mampu dapat antara RM40 hingga RM50," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas untuk menghentikan aktiviti memusnahkan paya bakau itu yang merupakan khazanah alam sekitar di kawasan terlibat.

Ramli Saad, 65, pula berkata, sebelum ini sudah ada beberapa projek ternakan ikan dan udang beroperasi di sekitar kawasan Sungai Dedap tetapi keadaan masih terkawal.

"Nampaknya syarikat baharu yang melakukan kerja-kerja memusnahkan pokok bakau itu dan banyak menyusahkan penduduk. Kita pun tidak tahu, sama ada projek ternakan dilakukan itu mendapat kelulusan pihak berkuasa atau tidak," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Permatang Tengah, Abdul Wahab Sulung, 61, berkata, disebabkan tidak puas hati dengan kerja-kerja itu, penduduk telah membuat aduan di Balai Polis Kota Kuala Muda, baru-baru ini.

"Setelah kawasan hutan bakau dimusnahkan, banyak binatang liar masuk dalam kampung seperti babi, biawak, kera dan ular," katanya.

Beliau berkata, selain ancaman itu, mata pencarian nelayan turut terjejas kerana ada segelintir penduduk sanggup membuang pelbagai bekas dan sisa racun ke dalam saliran sungai itu.

"Yang penting pihak berkenaan sama-sama prihatin terhadap masalah yang dihadapi nelayan itu, kalau boleh kerja-kerja pembinaan kolam hampir 200 hektar di Sungai Dedap dihentikan sahaja, jika ada masalah berbincanglah dengan nelayan bagi menyelesai masalah yang timbul," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.