saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 22/11/2012

UPSR: Pencapaian murid OKU memberangsangkan

NIBONG TEBAL 21 Nov. - Pencapaian murid orang kurang upaya (OKU) dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Pulau Pinang pada tahun ini amat memberansangkan.

Hal ini dibuktikan dengan kejayaan dua murid OKU penglihatan di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) yang berjaya mendapat 5A, selain seorang murid autisme dan seorang lagi OKU anggota.

Pengarah Pelajaran negeri, Ahmad Tarmizi Kamaruddin berkata, sebelum ini, pencapaian terbaik murid OKU adalah 4A sahaja, namun pada tahun ini empat murid mendapat 5A.

"Ini adalah hasil dorongan berterusan daripada guru-guru serta keazaman tinggi dalam diri murid itu sendiri yang membuktikan mereka setanding dengan orang normal yang lain.

"Malah, kecemerlangan mereka juga dibuktikan dalam bidang sukan dan mampu menyaingi murid lain serta membuktikan mereka tidak terpinggir daripada sekolah arus perdana," katanya kepada pemberita selepas majlis Perjumpaan Profesionalisme Pengarah dengan Guru Besar, di sini semalam.

Terdahulu pada majlis itu, Ahmad Tarmizi menyampaikan sijil, plak, wang tunai RM100 setiap seorang dan cenderamata kepada tiga daripada empat murid cemerlang terbabit.

Bagi pelajar cacat penglihatan SKPK Alma (Penglihatan), Kenzon Yeoh berkata, kegembiraan di wajah ibu bapanya adalah hadiah terbaik kepadanya atas kejayaan mendapat 5A dalam UPSR tahun ini.

"Kejayaan kakak sulung melanjutkan pelajaran ke universiti menjadi pemangkin semangat kepada saya untuk berjaya dan berazam meneruskan kejayaan ini," kata anak bongsu daripada tiga beradik itu.

Sementara itu, bagi Jazmin Liyana Shamsul Amri yang menghidap autisme, dia sama sekali tidak menyangka untuk memperoleh 5A kerana pada ujian percubaan, hanya mendapat 4A 1B.

"Keluarga saya banyak memberi dorongan serta bersyukur kepada Allah dengan kejayaan tersebut. Ini akan menjadi dorongan kepada saya untuk menjadi seorang jurutera," ujar pelajar SK Seberang Jaya itu.

Bagi seorang lagi murid cacat penglihatan, Teoh Zhan Feng berkata, kerja keras dan pencapaian terbaik dalam UPSR adalah hadiah paling bermakna buatnya dan dia akan buktikan kekurangan ini mampu membawanya setanding dengan orang lain.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:27
Maghrib 7:01
Isyak 8:15



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.