saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 24/01/2013

Pesta sukan bendang meriah

SUKAN tarik upih mendapat sambutan kaum wanita sempena Pesta Sukan Bendang 2012 di Kampung Gajah Merangkak, Padang Serai, Kedah.

KULIM 23 Jan. - Tidak semua sanggup bermandi lumpur apatah lagi dalam kalangan generasi muda atau bukan ahli keluarga pesawah.

Namun, sawah atau lebih dikenali dalam kalangan penduduk tempatan sebagai bendang kini bukan sekadar penting untuk sektor penanaman padi malah boleh dijadikan tempat aktiviti riadah dan bersukan.

Tidak hairanlah, kawasan bendang yang lapang dan berangin gemar dijadikan tempat masyarakat bermain layang-layang atau wau.

Itulah istimewanya bendang kepada golongan pesawah dan keluarga mereka tetapi pada masa kini budaya riadah tersebut seolah-olah tenggelam ditelan arus zaman.

Menyedari hakikat itu, Alumni Majlis Belia Negeri (MBN) Kedah dengan kerjasama Persatuan Belia Seri Gemilang Kampung Baru, Bukit Karangan; Gerakan Belia 4B Cawangan Sungai Karangan dan Persatuan Belia Wira Perkasa Serantau Kampung Gajah Merangkak, menganjurkan Pesta Sukan Bendang di Kampung Gajah Merangkak, Padang Serai dekat sini, baru-baru ini.

Lebih 500 pengunjung tanpa mengira usia dari kampung-kampung berdekatan hadir menyaksikan aktiviti kehidupan masyarakat pesawah yang diketengahkan dalam pesta sukan bendang berkenaan.

Antaranya, sukan rakyat yang diadakan dalam bendang becak dan berlumpur serta paling mencuit hati pengunjung acara menangkap itik, pertandingan bola baling, permainan tui serta tarik tali.

Pelbagai telatah disaksikan antaranya ketika para peserta mengejar itik dan bermain bola baling dipenuhi lumpur seluruh badan.

Setiausaha Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Md. Rozai Shafian ketika merasmikan program itu berkata, sukan bendang yang dahulunya popular semakin hilang tempat apabila ramai generasi muda kini tidak lagi mengusahakan sawah.

"Dahulu pesta sebegini sangat meriah. Boleh dikatakan setiap kampung mengadakan program ini.

"Oleh itu, saya rasakan adalah wajar bagi pihak berkenaan khususnya belia dan pemimpin tempatan seperti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) berpakat menganjurkan acara seperti ini dari semasa ke semasa," katanya.

Dalam pesta itu, sebanyak 12 acara sukan disertai penduduk termasuk panjang tiang licin, tangkap itik, kutip siput gondang, tarik tali dan kemuncaknya tangkap ikan keli.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Karangan, Fatin Nur Amirah Roslan, 14, berkata, inilah kali pertama dia berpeluang menyertai pesta tersebut dengan bermain bola jaring dalam bendang.

Menurutnya, pelbagai peristiwa lucu dapat disaksikan apabila peserta bermain bola jaring dalam bendang.

"Memang seronok apatah lagi menyaksikan gelagat peserta. Saya rasa kanak-kanak zaman sekarang patut cuba sukan seperti ini.

"Ia bukan sahaja menyihatkan malah dapat menghindar daripada gejala negatif," katanya.

Penyelaras pertandingan itu, Che Ali Din memberitahu, semua penduduk yang hadir menyaksikan sukan tersebut turut dijamu nasi dan gulai nanas ikan bilis.

"Saya sendiri tidak sangka sukan bendang ini mendapat sambutan dalam kalangan remaja tempatan," katanya.

Dalam pertandingan itu, acara panjat tiang licin dimenangi pasukan Din Keladu dan tempat kedua oleh Pasukan Kampung Gajah Merangkak (KGM) Malaya.

Sementara itu, acara tangkap ikan keli pula dimenangi Zamzuri Azari, 17, dari Kampung Gajah Merangkak dengan hasil tangkapan sebanyak tujuh ekor.

Tempat kedua digondol Mohd. Amir Yusof, 13, yang berjaya menangkap enam ekor ikan keli dalam masa 15 minit.

Setiausaha Alumni Majlis Belia Negeri (MBN) Kedah, Ku Rashidi Ku Mat Isa pula berkata, pihaknya merancang menganjurkan pesta tersebut sebagai acara tahunan pada masa akan datang.

"Saya puas hati dengan semangat ditunjukkan belia-belia tempatan dan pihak Alumni MBN Kedah sedia beri sokongan terhadap sebarang aktiviti lain jika boleh mewujudkan sikap persefahaman antara penduduk tempatan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.