saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 06/03/2013

Staf Bendahari UUM juara memasak ikan air tawar

Norhayati Nazri (dua dari kiri) bersama pemenang pertandingan memasak sempena Festival Sajian 2013 anjuran Pusat Budaya dan Seni UUM, di Sintok, Kedah, baru-baru ini.

SINTOK 5 Mac - Dua staf Bendahari Universiti Utara Malaysia (UUM), Shahrul Anisah Omar dan rakan sepejabatnya, Azaliza Aziz menjuarai pertandingan memasak sempena Festival Sajian 2013 anjuran Pusat Budaya Dan Seni (PBS) universiti itu di Sintok di sini baru-baru ini.

Azaliza, 38, pembantu tadbir di jabatan itu berkata, dia dan rakannya tidak menyangka masakan menu ikan air tawar iaitu Ikan Puyu Berlada dan Haruan Ubi Merah melayakkan mereka menjuarai pertandingan tersebut.

"Walaupun tidak makan ikan air tawar, saya gembira kerana menu yang dihasilkan dapat menambat hati juri," katanya yang membawa pulang piala pusingan, wang tunai RM600 dan sijil ekoran kemenangan itu.

Naib johan dimenangi kakitangan UUM, Che Salmah Maarop dan anaknya, Nur Afiqah Abu Bakar yang memilih menu Haruan Cinta Adabi dan membawa pulang piala dan wang tunai RM400.

Bagi pasangan pelajar Nur Zulhidayah Mohd. Shukri dan Nor Hayati Zawawi pula menduduki tempat ketiga setelah menghidangkan menu Haruan Masak Tempoyak bagi membawa pulang wang tunai RM100 serta sijil.

Nur Zulhidayah, 25, berkata, mereka tidak menyangka memenangi pertandingan itu dan berharap menjadi suntikan kepada mereka untuk terus berusaha bagi mencapai kejayaan dalam pertandingan akan datang.

Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pentadbiran itu berkata, kejayaan tersebut menunjukkan walaupun sibuk dengan pelajaran, mereka masih mempunyai masa untuk melibatkan diri dengan program anjuran universiti.

Sementara itu Presiden Sutranita, Datin Norhayati Nazri berkata, beliau gembira dengan pembabitan syarikat pengeluar produk makanan, Adabi untuk bersama-sama staf dan pelajar bagi menjayakan program tersebut.

Pengarah Pusat Budaya dan Seni, Huzaidy Hussain pula berkata, program itu adalah sebahagian daripada aktiviti yang dianjurkan oleh PBS sempena Ulang Tahun Hari Pengasasan UUM Ke-29.

Hadiah-hadiah bagi semua pemenang disampaikan oleh Norhayati sambil disaksikan oleh Pengarah Wilayah Adabi, Jaafar Abdul Ghani dan Pengarah Unit Komunikasi Korporat UUM, Marzura Abdul Malek.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.