saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 07/03/2013

Nasib petani miskin berubah

Mohd. Tajudin Abdullah (kanan) melakukan kerja menanam pokok padi menggunakan jentera moden dalam Majlis Pelancaran Program Model Pengurusan Estet Padi di Kampung Belantik, Sik, Kedah, semalam.

SIK 6 Mac - Tiada berita yang lebih menggembirakan buat 175 petani dari dua kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Belantik di sini, melainkan mereka kini dipilih menyertai Program Model Pengurusan Estet Padi (EMM).

Bermula hari ini, nasib petani berkenaan yang rata-ratanya miskin dijangka berubah selepas diberikan peluang mengusahakan padi secara berkelompok.

Projek yang dikendalikan syarikat swasta, Intimate Resource Sdn. Bhd. itu merupakan salah satu inisiatif daripada rancangan pembangunan ekonomi wilayah utara.

Sebanyak RM3.7 juta dibelanjakan bagi membiayai projek seluas 107 hektar itu.

Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Sik, Datuk Mohd. Tajudin Abdullah berkata, projek itu dijangka mengubah nasib para petani yang sebelum ini dibelenggu masalah hasil tidak menentu di kawasan itu.

"Lebih 10 tahun kawasan sawah padi di sini terbiar. Malah. ramai anak muda kampung tidak berminat melakukan kerja-kerja sawah.

"Mereka lebih minat bekerja di sektor perkilangan kerana pendapatan bulanan begitu lumayan. Oleh itu, projek EMM ini dijangka memberikan nafas baharu kepada keluarga petani," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Belantik dalam majlis pelancaran program itu.

Menurut Mohd. Tajudin, projek yang dilaksanakan kerajaan itu dijangka mampu memberikan pulangan lumayan kepada petani sekiranya dikendalikan dengan teratur dan tersusun.

"Saya kagum kerana kawasan sawah yang dulunya terbiar kini mula berubah wajah. Kini, ada kemudahan sistem perparitan dan jalan ladang," katanya.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Datuk Redza Rafiq berkata, pihaknya sedia memberikan bimbingan kepada mana-mana syarikat swasta yang berminat bagi mengendalikan projek itu.

Menurutnya, sehingga kini, dua Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) diberi peluang melaksanakan projek itu termasuk di Kuala Muda, Kedah dan di Beseri, Perlis.

"Kita mampu bangunkan kawasan itu bagi mengeluar hasil 10 tan sehektar melalui bidang teknologi moden," katanya.

Beliau menegaskan, pihaknya juga bercadang memperluaskan skim tanaman padi berkelompok itu ke beberapa lagi kawasan di daerah Baling dan Sik.

"Kita juga sedia memberi kerjasama kepada mana-mana pihak untuk membesarkan projek sedia ada," jelasnya.

Redza memberitahu, setakat ini, pihaknya telah mengeluar peruntukan sebanyak RM23.7 juta bagi memajukan bidang pertanian di Kedah, Perlis, Perak dan Pulau Pinang yang memberi manfaat kepada 1,200 petani.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Intimate Resource Sdn. Bhd., Tajudin Hashim berkata, ramai penduduk di kampung tersebut gembira selepas mengetahui pihaknya mahu menyelesaikan pelbagai masalah berkaitan tanaman padi.

"Sebelum melaksanakan projek itu, saya telah mengadakan perbincangan awal dengan pelbagai agensi pertanian dan mereka bersetuju rancangan itu diteruskan," katanya.

Peserta projek itu, Robiah Mat Daud, 53, dari Kampung Belantik berkata, dia sanggup menyerahkan tanah miliknya untuk diusahakan syarikat swasta tersebut.

"Mereka mempunyai banyak kemudahan dan kepakaran untuk menanam padi setahun dua kali di kawasan itu dan saya bersetuju menyerah tanah sawah untuk mereka usahakan mengikut syarat-syarat tertentu," katanya.

Bagi Mahyudin Ahmad, 44, dari Kampung Bukit Berangan pula katanya, ramai penduduk tidak lagi mengusahakan sawah padi kerana dibelenggu pelbagai masalah.

Walau bagaimanapun, tambahnya, dengan menyertai skim EMM sawah padi termasuk miliknya kini diberikan nafas baharu.

"Saya sokong sepenuhnya kerana projek yang dilaksanakan itu banyak memberi kebaikan kepada penduduk setempat," katanya.

Seorang lagi petani, Salleh Shari, 54, dari Kampung Belantik memberitahu, hanya mereka berpengalaman sahaja mampu memajukan bidang pertanian seumpama itu.

"Dulu penduduk kampung sanggup melakukan kerja-kerja sawah tanpa mengenal erti jemu dan bosan kerana kemudahan air senang diperoleh tetapi keadaan sekarang telah banyak berubah, sesetengah tempat sawah jadi kering-kontang," katanya.

Sementara itu, Pegawai Daerah Sik, Datuk Ismail Said berkata, dia gembira kerana Kampung Belantik Dalam di sini, bakal mengalami perubahan besar tidak lama lagi.

"Terima kasih kepada pihak pengurusan Intimate Resource Sdn. Bhd. dan NCIA kerana berganding bahu melakukan perubahan dalam sektor pertanian di kampung ini," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.